
Dengan nama Allah Yg maha Pemurah. selawat dan salam ke atas junjungan Rasul Mulia dan Keluarga baginda...hari ni 25 mei 2010 (ms tulis entry ni nak msk 26 mei pon) genaplah 2 tahun arwah atuk ak pergi meninggal kan seluruh pewarisnya. Perginya dia ke sisi Sang Pencipta Yang Esa Pemilik segala Alam. dari pagi lagi ak asyik teringatkan arwah atuk... bile terkenang balik saat minggu terakhir bersama arwah atuk...mesti air mata bertakung kt mata ni yg mana klu diberi satu kerdipan mata..nescaya jatuh air mata ke lantai...bagi aku arwah adalah seorng yg san
gat tabah..ak sebenarnya kagum dgn arwah atuk...dan ak sgt bersykur krn menjadi salah seorang cucu atau waris generasi Moha Ali b. Hamzah. Ak tak mampu nak mencoretkan sejarah atuk sehinggalah saat terkhir beliau...tapi dari kesah arwah lah..ak mula memberanikan diri drive kereta dkt highway sorang2. Ak tak tau dari mana datang semangat tu..mungkin rasa tanggungjawab lah yg meyakinkan ak. Dan dr kesah atuk la..pertama kali dalam sejarah hidup ak..melihat seorang hamba Allah menghembuskan nafas terakhir...masih terbayang kt kotak fikiran ak saat dia berhadapan dgn sakaratul maut...dan akulah orang yg terakhir menjaga arwah di wad...dan ak memang tak sangka sama sekali pandangan dia tu adalah yg terakhir terhadap ak...dan ak tak sangka...tangan tua yg ak pegang tu adalah yg terakhir dr ak untuk arwah atuk.
..ak rasa berstukur sangat kerana di saat atuk menghadapi sakaratul maut...semua cucu dia yg dari generasi 80an ade di wad dan semua tak putus2 membacakan ayat suci yassin kepada arwah atuk...sesungguhnya tak sia2 pengorbanan pahit jerih atuk mendidik anak2 dia yg mn anak2 dia memulangkan semula hasil dari kepayahan dan usaha atuk...menghadiahkan ayat suci Al-Quran dr keturunannya sendiri...bagi ak atuk berjaya mendidik anak2nya...tahniah atuk, semoga roh atuk ditempatkan di kalangan orang2 yang diredhai Allah~~ Al-Fatihah~~RINDU ATUK...sama2lah kte mengambil iktibar dari kematian agar kita tak sesat dari tujuan hidup kita yang sebenar...insyaallah.
Aku pernah terbaca satu petikan yang berbunyi "kematian adalah nasihat yang terbaik dalam kehidupan"...betul juga..bila orang memikirkan kematian mesti akan terfikirkan akan hari pembalasan...maka dari situlah niat untuk buat kemaksiatan dapat dicegah jika adanya kesedaran...











