WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Mesti Baca...Apakah dia Istidraj?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Salam pembuka bicara...kali ni aku rasa mcm nak control C control V je satu article yang bagi aku menarik untuk dikongsi dgn uols. Selama ni pernah tak terpikir "awatlah orng tu kurang baik..tapi...hidup dia senang je dan sentiasa murah rezeki..Pernah tak terlintas ayat2 macam ni kat hati kalian??pernah?

Kadang-kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah
hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat
apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan
suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg kawan baik ak. Bliau bagi article ni through e-mail. A very relevant and interesting article yang berkaitan issue ni. So untuk manfaat bersama aku copy paste je ye. siket2 je aku edit bg tambah perisa.

Apakah dia istidraj?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah
batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang
yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan
hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Air Tangan Orang Yang Tak Solat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir..Ha..try imagine wajah khinzir...Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia takde zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Dengan Izin Allah,isteri lelaki tu pun hamil dan melahirkan zuriat. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Makanya dia pon tringat kt nazar dia tu (minum air kencing anjing hitam).
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Mesti ade segelintir readers yang nak ckp "kalau macam tu,payah la nak mkn kat luar ye?klu itu tak blh..ini tak blh"..kan??..kan?? Dah jadi lumrah,zaman sekarang ni, semua bende orang suka pertikaikan..nak nak kalau yang berkaitan agama...aku sendiri pon kadang2 mcm tu jugak..hehe...Ni lah dia manusia akhir zaman..Sejujurnya,aku pon takde jawapan untuk soalan2 yang macam tu sbnarnye..masing2 ade akal dan pandangan sendiri..pandai2 lah menilai dan buatlah Ijtihad sendiri...tepuk dada,tanya Iman...
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.. Ok ni Rasulullah S.A.W yang ckp ye bukan aku yang cakap....di ulangi Rasulullah..
Actually, facts ni aku jumpa dari salah seorng kenalan kt Facebook aku tu ha. So hampir 90% aku control C & control V je..hehe...yang lain aku just tambah2 perisa je.....Tersentap gak la baca nye..hehehe(tlg tak payah tny kenapa aku tersentap ye, aku sekeh kang). Memang ada benarnya kalau tak, tak kan lah di Akhirat nanti benda pertama yang akan dihisap adalah solat. Pedih gak la aku baca artikel tu...betoi la cakap orang dulu2 "kata2 yang benar adalah pahit untuk ditelan...cop3x...ade ke orng dulu2 cakap mcm tu??...memandai je aku ni ye..hehehehe. Ape2 pon...moh kite jadikan kesah tu sebagai pengajaran yang membimbing kite ye(nada Perak please,loghat Kuale Kangso)...Alaaa...ni yang malas sebot loghat Perak ni..tak pasal2 tringat scene Ucop dalam crite Hantu Kak Limah Balik Rumah, mula lah nak tergelak sorang2 ni...cetttt...ok lah...Sekian...renung2 kan dan selamat beramal-Wassalam.

Perbaharui Plan Hidup,U-turn ke Jalan Allah

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah pagi2 lagi aku rasa cool je...tapi perot lapo la pulak...Nak sambung tido, mcm tak manis je tido lepas subuh. Lagi pon wan ,ummi n maklang aku tgh sibuk kat dapo buat breakfirst. Kang di tuduh pemalas pulak ye walaupon kt hati ni memberontak mcm nak continue tido. Aku toleh kiri,toleh kanan,toleh depan,toleh belakang...ayo..kat mana aku nak lepakkan diri aku ni...sebabnye semua ruang ade orang...bergelimpangan cousin2 aku tgh tido...Makanya,tempat terbaik untuk aku lepak adalah kt dapo...hah sesuai sgt la dengan kelaparan perot aku...Tolong2 buat air jap lps tu apa lagi...ade chance la jamah makan sat,sementara tgu sidang makan yang rasmi...haaa..tu taktik ok...klu nak tgu semua bgn then baru makan.....kebuluq la ak.

Masa tgh syok makan,bersembang2 ilmiah siket la ngan wan,ummi n maklang ak tu...depa dok tanya perkembangan praktikel ak...kembang apa nye..kuncup je aku rasa..hehehe..Baru ak sedar,dah dua minggu ye ak berpraktikel...Ummi n maklang sempat berpesan(pagi2 dah dapat kuliah motivasi percuma tau..heh)..."Buat kijo tu elok2. Jagan curik tulang". Aih,Ummi n maklang aku ni macam tau2 je aku tertido masa keje..hehe...Aku pikir2 balik..ada betol nye. bagi aku kijo yang diberi tu kan amanah Allah. So kalau kita buat ala kadar je,maknenye kita tak laksanakan amanah Allah dgn sempurna...ermm ye tak ye kan. Lagi pon sian je kalau company tu bg elaun tapi kte tak perform betol2 kan...haa tu sama lah dgn konsep tak amanah... tak berkat la duit tu ye. ...alamak,nyesal lak aku...ok2..start esok,aku akan buat kijo betol2...tak main2 dah...Niat aku dah lari..nmpaknye aku kne U-Turn kan balik niat aku..kerja kerana Allah. Kang sian pulak kt En Boss...dia punyalah harapkan kita tlg dia buat kijo,tapi kita buat ala kadar...not nice ok...

Sejak result dah kluo ni,hati aku rasa senang sket la...kalau tak...Allah,resah je memanjang...Kalah orang bercinta tau..makan tak kenyang ,mandi tak basah,tido tak lena(percayalah aku tipu je ni)...hehehe...Bukan lah senang hati sebab aku berbangga dgn result aku yang ala kadar tu, tapi sebab lepas ni aku just perlu focus kt kijo n Report je...

Nampaknye aku perlu susun balik jadual perjalanan hidup aku,banyak yang perlu aku tambah dan tolak(wah mcm matematik pulak dah)...Ye la yang macam aku dah cakap..eh tulis ,kat entry sblm ni...hidup kne ada anjakan paradigma n perubahan.Hati kene baik,perbuatan kene manyak ikhlas,muka mesti ada senyum,hidup musti bermuafakat baru ada berkat...weewiittt...giler optimis aku ni ha, mcm menyampah je kan..hahahahahaha...izin kan lah...

Dah2...start esok semangat kene baru...moga2 Allah lindungi akhlak aku,keluarga dan rakan2...dan juga aku berharap dan berdoa semoga Allah pelihara keselamatan dan maruah kami (warga elite Mentarikot,gile poyo je gelaran ni...hehehe)...Steady aku!!!(ni moto hidop aku skang..tiru dialog uztaz SBRB dalam crite "Geng Surau",lawak crite ni) sekali lagi..Steady aku(siap ade gaya ok)...hehe...

Jauhilah sifat SBRB-Sombong.Bongkak,Riak,berlagak....Sekian.

Meneruskan Tradisi

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam Ukhwah , Salam Maal Hijrah dan Salam satu Malaysia...sekali lagi..rasanya masih relevant kalau aku ucapkan selamat tahun baru(ikot takwim Islam=1432 H) kpd muslim readers ... Berbicara psl tahun baru...standard la..mesti ada kaitan dgn azam kan.Ye, AZAM ok...bkn En azam(x-Lecturer ak),mahupon Muhammad Azam ye...ni AZAM tahun baru...ala..korang mesti faham kan azam ap yang ak maksudkan ni..korang kan bijak2 belaka...Aku macam orang lain gak..tiap2 tahun bersungguh2 pasang azam...at last...cet,satu pon tak blh pakai..ayo...Tapi takpe..ak kan tabah...aku buat lagi azam utk tahun hijrah yang baru ni...banyak gak la wishlistnye...denagn bertemakan (wah guna tema2 tau) "nak try banyak perkara2 baru tp masih kekalkan konsep-semuanya kerana Allah,agama,ibubapa,keluarga dan sahabat..." ak ni azam je lebih...tp ntah tercapai ke idak,wallahualam. Kalau disingkap balik sejarah peradaban melayu ak tu...tak penah pon capai...sian gak la. aku ni memang tak istiqamah pon..hehe...harus diperbaiki.

Ok2...berbalik kepada tajok yg gojez kat atas tu..."Meneruskan Tradisi"...wah ni ayat klise tau kt Akademi fantasia...kalau di imbas balik tread ak yg lepas2...asal time kluo result exam je..ak mula la sibuk2 bukak entry...so untuk kesekalian kalinya (ni dah kali ke3)...Aku teroskan tradisi blog ni. Ak nak buat lagi entry psl result exam bagi sesi last sem..Maklum la,last sem la merupakah last semester kteorg sit exam yang kene tulis2 tu..skang ni dah jd praktikel student tau(poyo)...rasa berkejaya la konon nye ni . Dah takde dah nak kne study2,baca buku untuk test la quizes la dan lalala...hehehe...Tetapi sejujurnya...ak lagi suka p kuliah. Tapi nak buat mcm mana kan, aku sedar dalam hidup sememangnya akan wujud perubahan...tak kan la selamanya ak nak p kelas je memanjang...tak kan la ak rela nak berada di takuk lama kan?...Islam kan mengajar umatnya berhijrah...buat siket anjakan paradigma..(haa kan dah teraplikasikan konsep maal hijrah...ni yang malas ni..hehehe)

See, dah jauh menyimpang...ak nak cakap pasal Result ni ha...termelalut pulak ntah ke mana hala...kronologinya mcm ni..semalam(9/10/2010)...tgh buat2 khusyuk konon buat keje ni,naomie(ok,ak tau ak ramai kawan celebrity,tp ni bkn Naomi Campbell tau...ni Naomie je..kwn baru..hehe) bagi tau aku yang dah blh view result..."aiseh,ni kabaran yang tak best ni" ak bermonolog...mula la berdebar. Ak gagahkan diri ala2 Badang tau p log in student portal. Tengah bersemangat nak tengok result,tetiba system bg tau ak tak bulih view dgn alasan ak tak buat SuFo lagi,huh spoiled mood ak. Owh bagi sesiapa yang tak tau Sufo tu...SUFO ni bkn la UFO tau..ianya adalah evaluation student kt lecturer dia" ha ni yang nak marah...system tu tuduh aku tak buat SUFO lagi..padahal ak dah buat tau...terguris hati aku dituduh sedemikian rupa..hehe emosi jap..Tuduhan tak berasas.Tak pasal2 aku kne buat balik...sehari kendian baru blh tgk result.

Dan pagi tadi...aku tau pihak unibesiti aku tu mula lah rasa bersalah yang teramat kat ak sebab tuduh ak tak buat SUFO. Tetiba je anto result ak kt email ak,nak amik hati ak la tu,(sbnrnya ak je yang perasan pihak unibesiti rs bersalah kat ak,padahal semua student dpt result kt email memasing pon). Apa lagi aku klik la link result tu.Masa tgu nak loading tu...takde lain dah yang ak ingat,ak just terbayang je muka Dato'Salleh Majid(feymes ni..hehe), Lecturer Strategic management. Bukan lah sebab ak angau kat Dato' tu...tp sbb paper dia yang paling ak takot...susah dan macam tak bulih jawab je masa exam tu...Selain muka dato', muka lect yang ngajo ak Risk Management pon on the spot, pop up kt fikiran ak...Risk ni lagi la..ak tak study tau..tak cukup masa atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...tapi bersyukur sangat masa hari hari exam tu, kwn aku(ain) sudi tlg ak..buat discussion dgn aku...nasib baik xm risk petang....dia banyak tolong ak ms tu. Tak kan ak lupa jasa dia.Hanya Allah yang mampu balas jasamu. Konklusi= clear paper...syukur sangat2...tapi agak kesal...GPA adalah yang paling teruk sepanjang pengajian ak ni...dan masih bulih tersenyum siket ala2 kerang...sebab CGPA still maintain slim..hahaha...tp kalau silap langkah lepas ni,di khuatiri CGPA tu tergelincir dari landasan keimanan(tetiba je..hehehe)

Tapikan...kalau nak diikotkan logik akal...macam pelik je ak lepas lak paper strategic management and paper Risk tu...sebab frankly speaking...preparation ak mmg tak mantop pon...tp tu la...kalau Allah nak bagi sesuatu kat kita...dia akan bagi...no matter how la,sm ade kte prepare ke tak kan...Sebab kita kene ingat Dia Maha Kuasa...takde yang mustahil bagi kita,tetapi tak mustahil bagiNya. Dia Maha Mencipta...Segalanya atas izin Dia...kita ni je yang kene rajin berdoa and solat sunat. Mungkin its the power of Doa kot. Ak pernah dgr,kalau kita bersungguh2 memohon sesuatu dari Allah,ikhlas dan berkelapangan buat solat hajat...Allah akan makbulkan...Allah tak suka tau hambanya yang sombong dan tak mahu berdoa kepada Allah...tu kufur nikmat namanya...sebab doa ni,part of nikmat kpd muslims...senjata orng islam. Dalam firman Allah dlm surah Al-Mu'min:60 "Berdoalah kepada-ku,nescaya akan Ku perkenankan bagimu"..Oppp...sblm tu...ingin dijelaskan, bukan lah tujuan ak nak bg tau ak ni rajin berdoa..tidak sama sekali..ak tak cakap pon mcm tu. Don't get me wrong,please. Jauh sekali nak mendabik dada...Point yang cuba ak ketengahkan adalah...Percaya pada keajaiban yang Allah mampu bagi kat kita...bak kata brother Maher Zain dlm bait2 lagu dia "the biggest miracle of life..oooo"...Jika kita mahukan sesuatu yang kita rasa mustahil,kita kne rajin berdoa dan yakin pada doa kita...yakin Allah itu ade dan Allah sayang kita...jangan sesekali sombong pada Allah. Ingat tu wahai readers..

Haaa...tu je lah...to all my friends yang dah tgk result..mana2 yang berDekan tu,Tahniah la ye. Bagi yang "ok la"(macam ak ni ha..hehe)...jom bersyukur je. Bagi yang tak berapa gumbira dgn resultnye jom bersyukur jugak.Ye la kadang2 mungkin kita dah usaha lebih, dah all out...tp, hasilnya? sedikit kecewa. Tapi kalau dah takat tu je yang Allah nak bagi kita...apa yang kita bulih buat kan...dah tu yang tercatat kt agreement kita dengan Allah...so redha je la...setiap musibbah dari Allah adalah tarbiah terbaik dariNya.Yela, mana la tau,kalau kita dapat result gempak,dikhuatiri kita bongkak pulak kan. Mungkin jugak musibbah yang Allah bagi tu adalah harga kepada kejayaan kita di masa hadapan...sekali lagi diingatkan...percaya pada aturan Allah...tu je...sekali lagi...teringat ak (asyik teringat je kan..ntah ape2 tah) kt lirik lagu Eksplorasi dari inteam ft. Far east--> "bukan mudah..melukis pelangi di langit yang tertinggi...tanpa hadir gerimis dan sinar mentari". Aku samakan lirik ni dgn kehidupan kita...bukan mudah nak melakar kejayaan.mesti akan ade dugaan untuk berjaya.sekian.

TQ

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala.."
-sebuah pertemuan,UNIC-

A very special thanks to my lovely friend,Sarah.Nasihat dan kata2mu ada benarnya...InsyaAllah, i'll try...Ya Allah ampuni aku yg telah menzalimi di sendiri,amin...sungguh syukur di hati ini dikurniakan teman sejati.menunjuk jalan dekati-Nya,tika diri di dalam kebuntuan...wassalam...

It's Your Happy Day!

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah dan selawat ke atas idola dan cinta hati,Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga baginda, tidak lupa juga kepada para salafussoleh...semoga dirahmati Allah...terima kasih Allah atas kurniaan nimat,keselamatan dan iman terhadap setiap hambaMu...Ya Allah Engkaulah satu2nya yang mentadbir setiap isi alam dan membenarkan setiap kejadian yang berlaku...engkaulah yang menciptakan nikmat dan kejayaan...dikesempatan ini...tahniah diucapkan kepada adik ak,cousin (aisyah),Sarahah sahabat2 ak dari IPB especially kepada Nik,Ina dan intan atas kejayaan kalian menamatkan study dlm peringkat dan bidang masing2. Semoga kalian semua terus menjadi individu yang membanggakan keluarga...

To Sarah,Nik,Ina n intan-Maaf tak dapat dtg konvo korang,masa tu i keje la..ralat sgt tak dpt dtg konvo korang...insyaAllah nanti kite gathering sama2 ye...

"Learning is a treasure that will follow its owner everywhere"

Abah,My younger bro,Ummi,Wan-28/nov/2010,ahad
DSB,UiTM Shah Alam

Congratulation
Ina & nik-2/nov/2010,khamis-DSB,UiTM Shah alam.

Mereka kebanggaan keluarga
pics source:FB ina..hehe

Maaf,xdpat nak upload pic sarah n intan...diorang tak upload lagi...blog will be up date soon..TQ
wassalam.

On Your Mark...Get Set...Go!

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam...
Dear Friendster,

Apa khabar anda disana?sy baik2 aja. Ok,sy tau Incek Friendster tak tanye pon khabar sy kan..maafkan saya dah lama tak jenguk2 Incek Friendster. Bukan la saya sombong...tapi saya busy sangat sejak berpindah ke rumah baru sy di Taman Facebook...maafkan sy ye..maaf sgt2..-- newrule(tak sure btol ke tak ni profile name kt Friendster)

Dear Facebook,
Saya tau,En,Facebook di dalam keadaan sihat sangat kan...kerjaya En.facebook makin berkembang kan..En Facebook pon, saya tengok sejak dua menjak ni makin montel,kacak dan bergaya...uii..comey nih...Sy juga ingin memintaaf maaf kat Incek Facebook kerana dalam seminggu dua yang akan datang ni..sy tidak dapat jenguk2 Incek Facebook macam selalu...sy tak dapat lagi anta makanan kt Incek Facebook...di harapkan Incek Facebok pandai la jaga makan minum ye. Bukan la saya nak menyombong,tapi...(pause jap..konon2 dramatik la...hee)...tapi, saya mungkin sibuk sebentar dengan hal duniawi..ceh...bila ada kelapangan saya akan datang ke "rumah" Incek dan tolong kemas siket2 apa yang patut. I'm leaving Incek Facebook-- Newrule Wani

Dear Blog,
Nasib anda sedikit baik dari friendster,tetapi sama baiknya seperti Incek Facebook...Encik Blog,saya juga tidak dapat melawat Encek blog seperti biasa lepas ni...tetapi bagi menunjukkan sy ni seorng yang prihatin, telah pon saya kemas2 kan rumah En Blog ni sebelum berangkat..Saya dah susun atur segala sofa2,meja makan,frame2 kt dinding tu...jam pon sy dah tukar baterinye. Hah,lagi satu saya dah ganti HiFi En Blog Ke Hifi yang lagi mantop. Lagunye pon sy dah siap2 tukar..tetapi jika nak liriknye..sila ke SINI(BINNABIL HUDA)..untuk kesan yang lebih terkesan..dengar pakai headfhone En Blog..perh..tertimbus kt hati. Wow! nampak sungguh elegant la rumah Incek di kaca mata saya. Diharapkan dalam masa 2-3 minggu ni..jgn lak En Blog gatal2 tangan p buat sepah ye..penat saya decorated rumah En.Blog...diharapkan bila saya datang semula..ianya kekal seperti biasa ye...I 'm Leaving!!!-- TryToBenatural.

Dear twitter n MySpace,
Huh,nyah kalian dari hidupku...kalian tiada kaitan sama saya...syuh..syuh!!!-- Bernama.

Dear Handphone
Ye saya tau sejak cuti2 Malaysia ni,saya selalu mengabaikan Incek Henpon. Sy sibok je dengan En Facebook & Eb Blog. Terkadang,sampai lupa dimanakah saya letak Incek Henpon..sampaikan kene buat miskol, yang itu pon kadang2 tak jumpa jugak...tapi kini ..saya akan selalu ada dekat dgn mu Incek henpon...Maaf ye Incek Henpon-- NSZA

JUMPA LAGI JIKA DI IZIN KAN ALLAH
...Wassalam (^_^)v...

Terasa Bagai Noktah


بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Semalam aku kelukaan...Kecewa kehampaan, telah mencalarkan ketabahan. Impian seringku harapkan menjadi kenyataan, namun tak kesampaian. Allah, inginku hentikan langkah ini. Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan. Semangat tenggelam lemah daya. Haruskah aku mengelamun jiwa? Ku berbisik "inilah dugaan".

Dan langkahku kini terbuka. Terbuka pada hikmah dugaan uji keimanan. Dan tak kan Kau lontarkan ujian diluar kekuatan setiap diri insan. Allah...Pimpini diriku, untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini. Cekalkan hati dan semangatku. Kurniakan ketabahan..agar mimpi jadi nyata... padaMu ku meminta.. Dan ku mohon agung kudratMu Wahai Tuhan Yang Satu Segalanya dariMu...

Ku yakin, ujianMu adalah tarbiah buatku dariMu...

Wassalam.

Mentol Menyala di Kepala= Idea

سْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...peace be upon you brothe
rs and sisters of Islam. Love my Deen as much as I love Rabbi wa Rasuli...haaa kan dah terspeak english n arab..ceh. Betol la apa yang orang cakap,manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka lalui mahupon alami...ye..tu lah yang terjadi kat aku sekarang ni...dulu semasa semester tengah berjalan,sibuk2 je ak nak cuti..kononnye penat la,malas la,itu la,ini la..dan lalala...dan sekarang aku dah pon si fasa percutian atau dengan bahasa kasarnya...cuti semester.Sepanjang minggu ni agak bosan ye......aku kesepian(eii jijik la ayat ni)...Mula lah hati berkata "alangkah baiknya kalau masih ade kelas mahupon kuliah2''...kt rumah sorang2 je..adik kembo aku kt matrik masing2..yang sorang lagi adik aku,takmo kawan dengan ak.sibuk main game..macam la best. Apalah salahnye dia bergosip dengan ak jap..(mintak simpati).

Macam biasa..ak ke "laman sesawang"..on YM,on Facebook,On blog,On friendster....tak cukup tu..ak on Twitter & On Myspace(haa ni ak tipu,ak takde pon acc twitter n
my'ruang')...apa hasilnya??apa???(gaya YB)...sadis gak la..rakan2 gosip aku takde pon yang menjelma kt YM n Fb...aih bosan..bosan...kalau ade pon kejap ade,kejap takde..dah macam biskot chipsmore la pulak..tapi takpe..aku kan cool...ak creativekan diri aku ni buat bende2 yang berfaedah...ak kemas2kan folder kat laptop..bersepah2 dengan togasan2 semester lepas...download2 lagu,susun2 gambo lagi..makk aii..banyak la pulak folder gambo rupanya..kalau zaman sekolah dulu...mau kene cop GILER KODAK..hehehe

Dan sekarang still lagi facebook sunyi,Ym t
ak sangat ade lagi kenalan yang online..tapi takpe..kan aku dah tulis aku cool..Tadi,dari kejauhan ak tengok cousin ak ni main game...umo dia 6 tahun. Macam best gamenye. Perlahan2 aku mendekati bliau. Buat2 bersembang bertanye kabar..sebenarnya nak usha2 game apakah yang macam best tu..nak jaga standard punya pasal..sanggup aku berlakon ni..nasib baik ade skill berlakon untuk assignment bahasa Arab selma tiga semester berturut2. Takde la kekok sangat..hehehe.. Owh game colour gambo rupanya..ala activities masa tadika dulu..cumanya kali ni kt' alam maya'. Dah takyah nak asah2 colour pencil tu..just click2 je...cepat,kemas dan menawan..heheeh...dan dah dua jam keje aku dok kaler bende alah tu je...best la pulok...rasa muda je bila buat activity budak2 ni...dah banyak gambo aku kaler..hahaha...memang jiwa muda la aku ni(tak sedar diri)...haa..idea dah mai dah...sekarang ni aku istiharkan,colour2 gambo ni adalah hobi terbaru aku,noktah! (^_^)v

Pic sebelum: nak kasi besar,sila lah click kt picture ni.

Selepas: haa..see...dah,tak payah nak puji-pujian...
kang aku blushing(perasan lagi)


pengajaran: Sentiasa penuhi masa anda dengan perkara2 berfaedah...ingat lima perkara sebelum lima perkara(tetiba je)..wassalam.







Lambaian Baitullah

Satu kiblat,tuhan yg satu tiada tuhan selain ALLAH.

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah menciptakan langit dan bumi...yang juga menciptakan siang dan malam..tidak lupa, Dia jugalah yang menciptakan syariat haji buat muslimin muslimat.

InsyaAllah esok(10 Zulhijjah 1431/17 Nov 2010), semua umat islam akan menyambut aidiladha...dah tentu2 individu yang paling gembira adalah para jemaah haji yang diizin kan Allah untuk datang bermunajat,memohon hajat dan bertaubat di Baitullah...semoga seluruh jemaah baik dari malaysia mahupon dari mana2 jua negara,moga2 kalian mendapat haji mabrur dari Allah...insyaAllah...

Actually(wah english tau) tipu lah kalau ak kata aku tak jeles tengok orang lain p Makkah. Jeles la bila tengok jemaah haji kt TV saat di sekitar Kaabah,Arafah,Muzdalifah,mahupun di Mina dan melontar Jamrah...uii..jeles3x. Sometimes terdetik jugak kt hati aku "bila lah dapat p sana"...InsyaAllah matlamat aku adalah kumpul duit dan akan hantar dulu ummi n abah aku p sana at least p buat umrah dulu...yela nak buat haji memerlukan cost yang banyak jugak kan..jadi rasanya kalau cukup cost untuk buat umrah aku akan hantar dulu mereka ke sana. Sementara kumpul duit untuk antar p haji pulak..hehehe. Kita pon tak tau sampai mana umur kita kan..jadi kalau boleh, sebelum meraka dijemput ke dunia kekal abadi, kalau boleh aku berhajat nak hantar jugak mereka ke tanah suci Makkah...Umrah tu pon haji kan..haji kecil la tapinya...lepas dah hantar diorang baru la manis kalau aku pulak p sana...tringin sebenarnya p haji mahupon Umrah di usia muda...Moga2 aku sekeluarga berpeluang menjadi tetamu Allah di Baitullah..gapan bila?wallahualam...berdoalah (^_^)v

Ok.dah la...akhir kalam...Salam EidulAd'ha.. Kullu a'm waantum bikhair...

Bukan Superwomen

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

Jap...jap...nak nyanyi lagu syukur 21,dari Raihan sa
t...lalala...ok ..dah. Semalam...satu kejadian tak biasa telah berlaku...kejadian berlaku sekitar maghrib dan kawasan2 sewaktu dgnnya...berkatalah si ibu saudara kepada anak saudaranya...bahawasanya,ibu saudaranya itu sakit perut dan berasa tidak selesa...biar saya nyatakan di sini,kondisi ibu saudara itu adalah sedang mengandung. Adapun dengan itu si anak saudara baru sahaja menutup buku ulang kaji,ini kerana keesokan harinya si anak saudara itu mahu menduduki peperiksaan akhir tahun.

ibu saudara :anak saudara,perut ibu saudara rasa tidak selesa since pagi tadi...
anak saudara:ha?maksud ibu saudara???(sambil buat muka suspen tu).
ibu saudara :yela...rasa mcm ade yang tak kena...

ibu saudara dan si anak saudara speechless....
i
bu saudara :Bagaimanakah kita nak tau tanda2 yang kita bakal bersalin??
Terkelu si anak sau
dara...yela..ini kerana si anak saudara itu pon belom mempunyai pengalaman seperti ibu saudaranya itu,seraya berkata,
anak saudara:Alamak..sesungguhnya anak saudara tidak tahu...setahu anak saudara,singnelnye adalah dengan pecahnya air
ketumban(maafkan si penulis jika silap eja ye)...

Huyyo...si anak saudara mulakan bicara persis pakar sakit puan..cet,sodah lah..Sekali lagi si ibu dan anak saudara diam..menggelabah la tu si penulis rasa.. Si anak saudara pulak yang gelabah lebih..apahal?bermonolog si anak saudara.."apa yang perlu dibuat??".."ok,ni kene pi spital ni".."oh noo...sah2 aku kne bawak krete kan??".."oh noooo again,krete yang ada adalah manual"..."oh no...i can't do it..aiyark'" Ni nak habaq mai.....satu kelemahan si anak saudara yang si penulis rasa afdal diperbaiki...adalah polish bakal untuk bawak kereta manual...si anak saudara ni mmg tak pakar langsung bawak manual...bliau hanyalah mampu berlagak kalau bawak auto...cet..rugi3x..jika bliau bawak manual..dikhutiri bunyi enjin je lebih..tapi kereta tak jalan2 jugak...hehe

Lantas,berbekal kan ilmu superwomen yang tak hebat mana,dengan pantas,s

i anak saudara ngekol sohabatnya yang merupakan seorang artis ternama...ternama bagaimana?...tak perlu lah saya bercerita disini..kerana list awardnya...masyaAllah...berjela2 panjangnya.Bersyukur ke hadrat Illahi si anak dan ibu saudaranya...Walaupon banyak dugaan...telah mereka tujui sebanyak tiga pusat rawatan di sekitar negeri Shah Bana...tapi sayang seribu kali sayang..kesemua pusat rawatan tu..ketiadaan tabib...mungkin tabib p ceramah kot..ye la..waktu maghrib tu..bagus tabib2 seMalaysia...

Akhirnya,ade juga satu pusat rawatan yang available...selepas check itu..check ini..check siti situ sana sini,berkata si tabib dengan muka sirius..."refer ke spital Putrajaya"....ok maka...jam tu jugak mereka ke sinun...Si anak saudara juga bertambah2 gelisah kerana,keesokkan
harinya si anak saudara ade peperiksaan...banyak tak cover lagi katanya...nasib baik bliau sempat bawak satu set notes sebagai bekalan. "Takpelah,serah pada Allah saja...ni pon satu amal" detik hati kecil anak saudara. Lama jugak si anak saudara dan rakan artisnya menunggu...nasib baik ada artis..ramai lah yang usha2 mereka,mungkin kagum kot..ade artis kat Wad bersalin,nak otograp la tu tapi malu2 nak mintak (ni tipu,saja bagi tambah garam)... Jam doblas...si ibu saudara menyuruh si anak saudara dan rakan artisnya balik...makanya mereka pon meninggalkan bangunan itu tepat jam doblas malam...ehhh...mcm carita Cinderella lak kan...hehehe...

Issue:
Sempatkah si anak saudara setadi kesemua chapter untuk XM?? 28 chapter harus baca..tapi yang si anak saudara baru cover,8 chapter...ok,sesungguhnya si anak saudara itu barasa bersyukur je...sebab berjaya berbakti pada keluarga, agama.nusa dan bangsa(takde kaitan)..berpegang pada"hari ini tolong orang,esok lusa mungkin orang pulak tolong kita kan".apa yang mereka lakukan juga amal,belajar juga satu amal...jadi selebihnya serahkan je kepada Allah... Dengarnya si anak sudara telah Berijtihad je semasa menjawab exam.Formula pon pandai2 je buat sendiri..Ijtihad la katakan...sesungguhnya si anak saudara tu bukanlah Superwomen yang mampu membaca 28 chapter dalam beberapa jam sahaja...hehehe...syukur selesai semuanya..."Faiza'azamta,fatawakkal'alaAllah"....InsyaAllah...
Credit to Rakan artis si anak Saudara...kerana sudi membantu si ibu saudara dan anak saudara walaupon dia mungkin lagi sedang penat..yela show sana sini..press conference lagi...hanya Allah yang mampu membalas kebaikannya...smoga bertambah2 award anda ye...jasa takkan dilupakan...

dah...wassalam.

Back-up Plan

~Setiap hari aku memiliki kebiasaan. Bila ia jahat kepadaku, aku bersabar dan bila ia membahagiakanku, aku bersyukur.~ -Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni-
بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah...sekali lagi aku curi-curi masa nak buat entry baru di saat aku konon2nye sibuk membuat review untuk exam...ceh! Dah jadi rutin semua students tak kiralah IPTA mahupun IPTS..kalau time exam je...buku la jadi teman setia.kemana je pergi..akan bawak buku,menghafal la dan sebagainya...setiap hari sepanjang minggu exam tu..tu la rutin nye...sungguh istiqamah diorang masa ni demi kesenangan hendak menjawab exam...segala aktiviti social akan di pause kan jap..jap je...

Ok,panjang mukadimahnye..tapi percayalah apa yang aku nak cerita ni...takde kene mengene pon dengan mukadimah tu..hehehe...saja je buat2 suspen...hari jumaat hari tu...aku balik sekejap ke kampung ak...ye la dah 3 minggu aku tak balik kampung...terasa rindu pulak kt ummi,abah,wan dan kucing yang selalu curi2 masuk rumah tu...dan aku lah penghalau kucing yang paling setia...apahal? ..hehe.Mesti kucing tu bengang kalau aku balik kan...asal bliau nak masuk rumah je..dah kene halau...takde chance dia nak lepaking kt dlm rumah tu...setiap kali aku halau kucin tu,semacam aku berhalusinasi yg muka kucin tu nyampah je kt aku..hehe...ade aku kesah,ketahuilah kucin...bukan aku tak suka dgn kamo,ak suka..tambahan pula kamo spisis haiwan kesayangan Rasulullah. Ye, kamu spisis yng comel...tp nak buat macam mana..aku takut sama kamu...jgn sesekali mendekati aku wahai kucin...setapak ko menghampiri...bertapak2 aku menjauhi...maaf En Kucin...

Ok,stop cerita pasal kucin...percayalah sekali lagi..bukan pasal kucin yang aku nak cerita...hehehe...semalam,hari sabtu...aku balik la semula ke s.alam ni...yela..aku selamatkan diri..kalau duduk rumah...memang tak setadi, banyak anasir2 luar yang menggangu aku setadi...baik aku cabot balik sah alam ni ha...kali ni aku balik sendirian la ke shah alam..sebabnye masa balik ke kampung, aku balik dgn maksu aku...so dia terus pulang ke rumah mentua dia kt batu pahat. jadi, tak mau la ku susahkan abang aku mintak anto balik shah alam...aku balik sendiri naik bas! uiiiii...dah lama tak balik baik bas...lately pergi balik kampung dengan maksu aku.

Planned nye...aku naik bas dari terminal 1,seremban. Selalunye bas tu akan stop kt Central Market(CM)...then aku amik bas U60 ke shah alam...planning tu kan penting,lecturer aku cakap la...hoho...so,aku mintak abang aku anta kt stesen bas..erm...alhamdulillah...kondisi terminal bas masih sama..tiada perubahan walaupon dah lama aku tak ke situ..bgs3x...then,beli tiket,naik bas,cari sit yang paling best and sit yang paling empuk untuk aku duduk dannnn...tido..hee.jumpa!.Masa dalam bas..aku bukak buku jap..study tu...fulamak..bergaya. Bila bas dah jalan,5 minit pertama...membaca,5 minit kedua,adoi pening kepala membaca dalam bas..tutup buku! nak bersembang?..budak kt sebelah aku tu macam tak friendly...budak UPM...merujuk kpd button kt beg dia tu...aku bermonolog..."eleh,aku pon ade la button U**M kt beg aku ni"(dengki tak pasal2..tetibe je)...tido lagi baik...ok keputusan yang bijak aku buat..aku tido...nasib baik aku duduk tepi tingkap..blh sandarkan kepala kt dinding bas tu...

Then bila aku sedar je..aku ferasan laluan bas tu macam lain je...lerrr....baru aku tau yang persatuan2 bas ade pot baru la..last destination bukan kt CM lagi..ayo..tapi kt area Imbi...cet...rosak plan aku...bila turun bas..ak macam blur je...mcm mn mau balik shah alam?...buat plan baru..toleh kiri..toleh kanan...ade stesen Monorail n Putra LRT...nasib baik la..sebelom ni aku belajo kt IPB..so,tau la naik public transport ni ha...dah familiar...sebab ni je transport utama kami...heh. Plan baru naik monorail ke KL Sentral-amik Putra-CM-U60 ke shah alam....waaaa....dari senang kan dah payah...long journeyyyy...kesal aku tak suruh je abang aku anto..tu la gedik beno...

Nak dijadikan cerita..masa dalam tren monorail...ade la omputeh ni "excuse me miss,is it tren to Tun Dr Sambathan?"..erk..terberenti berangan aku..kaco la omputeh ni..hehe..tapi takpe aku kan rakyat malaysia yang peramah..."yes..yes...another 1 station"...dalam hati aku "apakah kalian tidak baca ke signboard kt atas tu?'...sambil aku menoleh ke signboard tu..."oo...patut la...tulisan kt signboard tu dak kabur" harap lps ni pihak berwajib kasi tukar ye..sian kt pelancong2..kang sesat lak.

Next,amik tren ke CM...ok,tren penoh..nasib baik satu stesen je utk ke CM tu..aku berdiri tepi omputeh ni(sekali lagi..ak considered je tu omputeh,sebab kulit dia putih)..."have a sit miss" kata matsaleh tu dgn gaya ala2 dah nak bagun dari duduk...wow dia kasi sit kt aku...baiknye...kalau nak harapkan mamat melayu kat sebelah dia tu..hampeh.buat2 tak nmpak.."it's ok..no thanks" sambil senyum(senyum tu sedekah)...Allah....menyombong la pulak ye aku...bukan ape dekat je kot jarak stesen Kl sentral-CM..tak yah duduk pon takpe.bagi la kat orang lain,lagi faedah..

Last sekali amik bas ke shah alam..dan taraaaa!!...akhirnya sampai kt rumah..penatnye masa tu...banyak betol dugaan nak sampai ke destinasi yang aku tujui...

Bila difikir2 balik ape yang terjadi kt aku semalam...tak keterlaluan kalau aku samakan kesah perjalanan aku tu dengan perjalanan hidup kita..kadang2 kita dah ade plan untuk menerajui jalan hidup kita kan...dan perasan tak kita..apa yang kita rencanakan,tak semudah yang kita harapkan...ade saja cabaran yang kita perlu tempuhi mungkin di awal,pertengahan mahu pon akhir perjalanan...bagi yang istiqamah dan ikhlas..insyaAllah akan berjaya...bagi yang cepat berputus asa dan tidak berusaha membaiki memajukan diri dgn mengadakan anjakan paradigma..akan berterusan di takuk lama dan mungkin sesat...sentiasa berpegang pada "kita merancang,tetapi Allah yang menentukan".Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Ok dah..aku nak p library(PTAR)...kang duduk rumah..benda lain yang aku buat..pengaruh TV kuat..hehehe...wassalam...

~Berfikiran positif dan optimislah anda bila suatu hari nanti semua urusan anda terlihat amat buruk, kerana hal itu merupakan pertanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi kegembiraan dan keceriaan.~
-Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni-

Kemaskini Account Anda

بِسْــــــــــــــــــمِﷲالِرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ohooooo...hoi...ehe..ni apahal lak aku ni...gembira tak bertempat...nak kata dah abis XM,belom lagi..ade 1 paper lagi ni ha...nak kata berjaya jawab exam dengan jayanya untuk paper2 sebelum ni...lagi la dusta belaka...ok2...tetiba teringat kt kt subject Strategic Management...susah la soalan dia...penat2 je aku bersengkang mata bagi paham subject yg bagi aku macam tak pernah belajar sepanjang satu semester...tp aku tabah gak belajo sendiri..tak paham pon aku angguk-angguk je macam paham...angguk kat sapa pon aku tak tau la...alih2 soalan dia..masyaAllah...aku jawab mana terdaya. Berpegang ak pada"Faiza'azamta,fatawakkal'alaAllah"bermaksud "Setelah kamu berusaha,maka bertawakkallah pada Allah(Ali Imran:159)..harap2 ade keajaiban yang berlaku..dato' tolong la lepaskan pointer kami ye dato'...please...please...please...kamu jangan nakal..ehhh...ternyanyi lagu aziz satar plak...

Ok..ok...berbalik kepada topic di atas...berbekal kan sikap aku yang ala-ala macam dah habis exam ni...aku skang ni tgh senang lenang melayari laman sesawang..on blog,on YM dan on Facebook,on itu,on ini...linda on, jaafar on...dan bla..bla..bla...aku memang takde keje,on facebook,ntah ape yang aku buat kt facebook pon tak tau la..buang masa! alih2 untuk menampakkan aku ni konon2 seorang yg cintakan perkara2 ilmiah, aku pon buat la research kt friend list ak...konon nak kemaskini kan senarai rakan2.ade yang kenal..ade yang tak...

Konklusi..tak terkejut pon bila tengok senarai2 rakan2 sebaya dan tak sebaya ramai. Selebriti pon ade uols seperti fahrin Ahmad n Eric Leong(ni je kot). Tak paham aku napa aku p ngelike page fahrin Ahmad?ke sebab aku kecewa..aku add Chef Wan,dia tak approvekan smp skang ni...sampai hati dia ,huh. Eric Leong tu lain la aku memang minat..kt Idea dia je,dont get me wrong ok!..bukan tu je,peserta2 Imam Muda pon ade..ni bukan jadi fans diorang yg kne click2 button "like" tu..tp mmg friend yang betol2 friend,kene click "add as Friend"..hehehe...tu pon nak bagi tau kan..ntah ape2 ntah)...

TAPI aku terkejut,bila mana list FB untuk family2 aku yang meliputi Ummi,adik2,abang,pokcik2,mokcik2,cousin2...ramai la pulak...nasib baik la wan n atok ak takde facebook...kalau idak sure aku kne approvekan..hehehe...bila aku kira punya kira..mau dekat 40 orang...huh...nampaknye lepas ni aku kene berhati2 di jalan raya bila nak post sesuatu kt status aku tu..kang tak pasal-pasal je aku kene bahan...ye..aku kne berhati2 demi agama,bangsa dan negara(sambil merenung ke luar tingkap)...Malaysia boleh!!!!

ha..tengok tu..tengok...aku sekadar tulis nice je...
dah si Eric tu replied..mcm aku plak yg selebriti..

haa..ni lagi satu..tgk..tgk...orang berbudi kita berbahasa..
tetiba jet..mcm mn la dia tau nickname aku wani..konpius!

kecik la image ni..pandai2 uols click kasi basau ye.

Esok Dewali...ok..aku tak sambut ye walaupon aku ni ade semangat 1Malaysia...cuma harap2 esok semua orang bergumbira lah hendaknya...sat lagi start la tu mercun kt serata flat2 kt area section7 ni ha..kalah hari raya pom pang pom pang nye nnt...esok tgu berita kat tibi..ade tak case putus jari..hehe..harap2 lagi,takde...ok ..tatatititutu....

**mode:bangsa lain punya raya,tapi aku pulak yang p dengar lagu raya...apahal!

Ikhwan wa Akhwat

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Interview sebelum Interview Hakiki

Kalam dimulakan dengan meratib nama Asma' yg Esa...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Berlokasikan Level 3,PTAR 2,sebelah FPP U**M.

Seperti semester2 lepas, bila time dah dekat2 nak XM ni, ak akan registerkan diri ak kt PTAR..tujuan, ok konon nak study dan kononnye kalau ddk rumah ak akan tido tak pon tonton Asteruk ria,ceria dan mcm2 pakej la. Aku memang lemah la kalau TV tu panggil ak..hehe...
Setengah jam kemudian, sorang coursemate ak (sejak dr IPB) datang...ok, weol borak barang seminit dua(tipu)...lps tu..jeng..jeng..jeng...phone ak berbunyi...ak bermonolog "wah lagu apa yg best tu?"hehe..."owh handphone aku rupanya..ade incoming call"...marah gak la aku..sekali lagi aku bermonolog "ish...sapa la plak yg berani call ak"(ni la sifat manusia, bila takde orng call mengeluh,bila ada incoming marah2 pulak ye...manusia mmg selalu tak bersyukur,aku la tu)...

Rupa-rupanya akak yg ngekol aku tu suruh aku datang interview keesokan hari...ayo!!! tetiba kepala aku berpinar2...haaa...ni yang tak best ni...aku memang lemah bab2 interview ni...mula la aku tak senang duduk...malam ni nescaya aku tak tentu arah...bak kata kawan2 aku...gaya ak gelabah ni tak ubah seperti labah2 eh silap...tak ubah seperti orng nak kene pinang...aku biarkan je diorng berkata macam tu walaupon pada hakikatnye diorng pon belom di pinang,macam mn diorng tau perasaan orng dipinang??erkkk...takpe la..let it be...yang penting sekarang ak nebessss......ayoyo rimas...i hate this feeling...hehehe...

Sebagai tanda sokongan padu kepada interview ak ni...aku akan review background company tu siket2,iron baju n tudung siap2,side tu kasi tajam!perh macam askar wataniah la plak.Susun-susun documents apa yang patut dalam file,baca kesah2 sejarah tanah melayu,sirah2 nabi,gosip2 artis malaysia(erk...ni perlu ke?...ahh tak kesah la,ak tengah nebes..ak baca jugak)...
tak ketinggalan membuat karangan barang seperenggan dua untuk sesi perkenalan diri...habis segala buku cara-cara membuat karangan aku baca..hehehe..over.

Dari segi ritualnya...ak rasa at this moment..ak perlu buat s
olat hajat...hanya doa dari Allah je yang menguatkan aku...bila berdoa,insyaAllah aku yakin Allah bersama2 aku.dan aku yakin dia dah aturkan yang terbaik untuk aku...

so esok sebelum interview,akan aku bawa bersama asma' yang Esa.

Tips:

1)sebelum interview elok la baca Ya-Rafi' sebanyak 25 kali ye..lps tu hembus ke dalam air dan minum...make sure air mineral la kalau boleh..tak kan air kolam plak ye...maksud Ar-Rafi'= Yang Maha Tinggi)..moga2 dengan kalimah ni Allah mengangkat kedudukan seorng muslim yang berusaha...

2)sebelum jejakkan kaki kanan tu kt banggunan yang nak interview tu...lafazkan Bismillahiramanirahim(1 kali) dan Alhamdulillah hirabbila'lamin(7 kali)-baca dalam satu ;lafaz je..lepas tu berdoalah apa yang dihajati...
cth:ya Allah permudahkan segala urusan ku dan lembutkan lah hati si penemuduga tu..


3) tetapkan hati dan yakin Allah sentiasa bersama kita dan akan menolong dan melindungi hambanya...InsyaAllah...


Sesekali terfikir jugak aku...ni baru temmuduga kt dunia...nebesnye...masyaAllah...hanya aku dan Allah yang tahu. Tu belom lagi kalau menempuh
Interview di Alam barzakh...tak termampu aku bayangkan...jadi pengajarannya...ak harus persipkan diri untuk Interview yg hakiki tu..sebab kalau interview kt dunia ni...kita dah tau bila...ade surat atau call dr pihak tertentu..tapi kalau interview slps kehidupan ni..sorry la..tiada sebarang notis atau pengumuman yang akan dikeluarkan oleh mana2 pihak terutamanya dari malaikat Izrail,Munkar mahu pun Malaikat Nakir...Munkar dan Nakir lah nanti Interviewer yang utama.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)


Sooo to all my readers...bersama2 lah kita memperbaiki amalan kita..berusaha menjadi yang berkualiti di dunia dan akhirat...InsyaAllah.

Apa-apa pon aku bersyukur masih dikurniakan pancaindra untuk merasa moment berinterview.
Good luck to all my friends yang juga akan bersama2 berinterview untuk praktikel nanti ye..all the Best guys!!!