WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Air Tangan Orang Yang Tak Solat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir..Ha..try imagine wajah khinzir...Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia takde zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Dengan Izin Allah,isteri lelaki tu pun hamil dan melahirkan zuriat. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Makanya dia pon tringat kt nazar dia tu (minum air kencing anjing hitam).
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Mesti ade segelintir readers yang nak ckp "kalau macam tu,payah la nak mkn kat luar ye?klu itu tak blh..ini tak blh"..kan??..kan?? Dah jadi lumrah,zaman sekarang ni, semua bende orang suka pertikaikan..nak nak kalau yang berkaitan agama...aku sendiri pon kadang2 mcm tu jugak..hehe...Ni lah dia manusia akhir zaman..Sejujurnya,aku pon takde jawapan untuk soalan2 yang macam tu sbnarnye..masing2 ade akal dan pandangan sendiri..pandai2 lah menilai dan buatlah Ijtihad sendiri...tepuk dada,tanya Iman...
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.. Ok ni Rasulullah S.A.W yang ckp ye bukan aku yang cakap....di ulangi Rasulullah..
Actually, facts ni aku jumpa dari salah seorng kenalan kt Facebook aku tu ha. So hampir 90% aku control C & control V je..hehe...yang lain aku just tambah2 perisa je.....Tersentap gak la baca nye..hehehe(tlg tak payah tny kenapa aku tersentap ye, aku sekeh kang). Memang ada benarnya kalau tak, tak kan lah di Akhirat nanti benda pertama yang akan dihisap adalah solat. Pedih gak la aku baca artikel tu...betoi la cakap orang dulu2 "kata2 yang benar adalah pahit untuk ditelan...cop3x...ade ke orng dulu2 cakap mcm tu??...memandai je aku ni ye..hehehehe. Ape2 pon...moh kite jadikan kesah tu sebagai pengajaran yang membimbing kite ye(nada Perak please,loghat Kuale Kangso)...Alaaa...ni yang malas sebot loghat Perak ni..tak pasal2 tringat scene Ucop dalam crite Hantu Kak Limah Balik Rumah, mula lah nak tergelak sorang2 ni...cetttt...ok lah...Sekian...renung2 kan dan selamat beramal-Wassalam.

2 comments:

ilmu baru..betul jga apa yg diberitahu di ats, solat diyariatkan melalui isra' mikraj. mnjkan betapa pentingnya solat. sdgkn yg lain diwahyukan pd Malaikat jibril. x pernah terpikir sblm ne..menarik..

 

ha tu la kan..ak pon br ferasan ms bc artikel ni...

 

Post a Comment