skip to main |
skip to sidebar
Posted by
IsmiWani
at
1:47:00 PM
mode 1:baru lepas balik kelas...mode 2: br lps check result...mode 3:gembira bagi pihak kawan2...aku, mereka dan konvo nanti...Assalamualaikum...hopefully my readers dlm keadaan baik2 saja(sambil kedengaran lagu "baik-baik sayang dari kumpulan waliband" hehe)...hari ni sekali lagi terjawab lah sudah persoalan2 ak tentang result exam yg lepas...actually semalam(10 june 2010) dah released pon exam result..tapi nye website U**M jem la pulak...mcm biasalah ramai sgt student serbu student portal utk tau result memasing..yg ak ni lak..dah tau semua student sibuk nak log in, ak pon sibuk terkinja2 nak check gak...kesudahan nye pagi td jam 10 baru ak dapat tau result ak..itu pon menerusi mini transkript...Result ak?? apa yg boleh ak katakan adalah-->>aku bersyukur atas apa yg dah ditakdirkan.Ak percaya pada Quotation "ada hikmah di sebalik kejadian" mmg la bunyi mcm "klise"...tp itu la perasaan ak. Ak bersyukur sebab pointer ak still 3 pointer n above wlaupon jatuh siket CGPA nye..ak redha...cuma satu paper ni je yg ak terkilan..paper investment...tak seperti yang ak target..ak target grade yg atas siket dr apa yg ak dapat..overconfident la kot..tu yg kecewa sket..mungkin ade yg part2 tertentu pada jawapan aku hari tu yang tak menepati piawaian lecturer ak...ye ak terima kesalahan ak tu...hehe...tp aku still bersyukur sgt2 sebab pointer ak tak jatuh less than 3 point... makanya isnen ni bermulalah tugas ak utk melaksanakan nazar ak...Dalam pada itu..ak sangat gembira mendengar berita kawan2 ak yg dah tamatkan pengajian mereka dgn pointer yg memberansangkan...tak sabar ak nak menghadiri majlis konvo diorang...kpd Sarahah , tahniah yunk..im proud of u..nnt konvo u i dtg...I ajak syaza sekali...kepada my bestfriends ms kt IPB, Nik, Ina dan Intan...tahniah!!! u guys make me proud of u too. Konvo korng pon i datang....wah konvokesyen sem depan akan membuatkan ak busy..ramai pulak yang grad adik ak(tahniah Nabil!!! ade bintang nnt ms konvo..hehe),cousins ak 2 orang..n kawan2 aku dari faculty perakaunan(x-IPB)...kopak jugak la poket ak bli bunga nanti..heheh...demi kawan2 takpe lah...pokai2 pon ..pokailah...
(anyway lagu kt blog ak ni khas buat kawan ak)Di saat ak tulis entry ni..ak masih tak tau result kwn2 gosip ak elah, noli, dayah, kak sha, n zue...hopefully result diorang gempak..Insyaallah...bg kwn2 ak yg sedikit frust mungkin sebab target tak capai ke..dekan tak tercapai ke...jgn putus asa...kita masih ade 2 anak tangga untuk kita cuba sebelum tamat degree...kita sama2 saling membantu nanti next sem ye..“Anyone can give up, it's the easiest thing in the world to do. But to hold it together when everyone else would understand if you fell apart, that's true strength.”

Tahniah Sarahah!!!!

keempat gadis di atas ni kwn2 ak ms kt IPB dari kiri: Nik, Ina, Rara(my protege ms kt IPB), n Chacambow(my x-rumate merangkap protege Ina)
TAHNIAH NIK & INA!!!!!
Juga tahniah kepada Intan(kiri) dan nisa(kanan),both used to be my roomate
diorng ni pon akan konvo semester ni
TAHNIAH!!!
Posted by
IsmiWani
at
12:30:00 PM
Assalamualaikum...pictures dlm slide ni semuanya diambil semalam 6 June 2010...lokasi adalah di majlis kawin X-classmate ak semasa form 4&5 dulu...a very precious moment sebabnya dah lama tak jumpa kawan2 sekolah...yela..sejak ak berpindah memang jarang ak pergi ke selayang semula...Selayang,Selangor, tempat yg mana landmarknye adalah Batu Caves merupakan tempat ak membesar dan menghabiskan zaman persekolahan ak...kt area Selayang jugak lah ramai kawan2 ak..of course la kan...jadinye memandangkan ak jarang ke sana, majjlis perkahwinan sahabatlah yg akan membuatkan ak ke sana...dan pada awaktu inilah baru ak dapat bersua muka dgn kebanyakkan dari mereka...Seawal jam 10pagi aku dah bertolak dr N9 ke selayang seorng diri bertemankan lagu2 dr personal disk ak...walaupun janji ngan syaza nak berjumpa jam 12 lebih, ak sengaja klua awal,sebabnye ak mengambil kira masa kalau ak sesat...coz sebab dah lama tak ke sana..so ak ingat2 lupa jalanya...jalan pon dah berubah...ade highway baru kalau tak silap ak...yg mana klu aku terlepas exits, sure ak ke sg buloh kot(ak tak sure fakta ni)..hehedi majlis perkahwinan Aini ni ramai jugak lah x-schoolmate yg ak jumpa...sedih sket sebab ade beberapa kawan yg ak harap dapat jumpa tp tak dtg(tp tak tau la kot diaorang dah balik kan)...hehe...ade jugak yg tak sempat ak nak bergambar dengan diaorng + segan...ms majlis Aini ni jugak ditakdirkan kami berjumpa dgn pengetua pertama kami...ak mula2 agak tak cam,sebab faktor perubahan usia bliau...bliau pon makin kurus...biasalahkan orng tua, tapi bliau tetap nmpak sihat...cayalah pengetua...its normal...kita yg muda ni pon susut n naik jugak badan kita kan... as conclusion...ak gembira dapat jumpa bestfriend ak ms sek...Sarahah n Syaza,
yen, Cenoi, Putri, faizah n her new baby, ikin, husin,amyr, diana,mira,Ghah dan ramai lagi.Hopefully dapat jumpa mereka lagi next time...Ukhwah till the End...
Posted by
IsmiWani
at
9:40:00 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya ikhwati...kte seharussnya berbangga kerana dijadikan sebagai seorang muslimah. Tetapi masih ada yang tak bersyukur dengan ketentuan Allah ini...ade sesetengan golongan yg digel
ar FEMiNIS mengatakan bahawa "huh susah menjadi wanita Islam" mereka mendakwa banyak sangat pantang larangya seperti: 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang banyak beribadah karena masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.Oleh yg demikian diorang ni dah bersusah payah la konon2nya nak mempromosikan kempen "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM"!! yg mana sejujurnya 8 perkara diatas bagi ak bknnya sesuatu beban pon...poorah diorang ni...PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA...??
Aurat serta segala perhiasan kte sebagai wanita adalah suatu yg sangat mahal dan sangat berharga??aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga... Benda yang mahal harganya haruslah dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, betul tak??? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan.
kt bawah ni la...faktor2 kenapa kta patut bangga menjadi wanita muslim...
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : shalat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaAllah...terharu ak dengan kasih sayang Allah ini...kasih nya ALLAH kpd kaum kita kan?? so tu yg ak pelik...macam mn sesetengah pihak tu blh ckp Islam tak adil terhadap wanita n membebankan???
korang takkan jumpa penghormatan ni kt mana2 agama...only in ISLAM...
Sumber: noviaaa.wordpress.com
Ditulis kembali oleh: solehsolehah.blogspot.com
Diedit kali ke3 oleh: undergroundscientist punya blog...
menumpang tiru and edit siket2 je : oleh ak...hehe...ianya bertujuan demi pengetahuan yg perlu dikongsi bersama