ar FEMiNIS mengatakan bahawa "huh susah menjadi wanita Islam" mereka mendakwa banyak sangat pantang larangya seperti: 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang banyak beribadah karena masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
Oleh yg demikian diorang ni dah bersusah payah la konon2nya nak mempromosikan kempen "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM"!! yg mana sejujurnya 8 perkara diatas bagi ak bknnya sesuatu beban pon...poorah diorang ni...
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA...??
Aurat serta segala perhiasan kte sebagai wanita adalah suatu yg sangat mahal dan sangat berharga??aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga... Benda yang mahal harganya haruslah dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, betul tak??? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan.
kt bawah ni la...faktor2 kenapa kta patut bangga menjadi wanita muslim...Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : shalat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaAllah...terharu ak dengan kasih sayang Allah ini...kasih nya ALLAH kpd kaum kita kan?? so tu yg ak pelik...macam mn sesetengah pihak tu blh ckp Islam tak adil terhadap wanita n membebankan???
korang takkan jumpa penghormatan ni kt mana2 agama...only in ISLAM...
Sumber: noviaaa.wordpress.com
Ditulis kembali oleh: solehsolehah.blogspot.com
Diedit kali ke3 oleh: undergroundscientist punya blog...
menumpang tiru and edit siket2 je : oleh ak...hehe...ianya bertujuan demi pengetahuan yg perlu dikongsi bersama
0 comments:
Post a Comment