WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Kasi Up Semangat!

 ۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Huiii...la ni ak busy o..busy cari kerja...hah sian ak kan. Nak beli roti sekaya pon mak bapak sponsor..apa hal? Baru ak tau, sosah ropanya cari keje ni..Sebot psl keje...tringat dulu..kalo time2 sekolah dulu...asal sesi kenal diri je..bila part ambition tu...wah megah2 tu sebot nak jadi itu la ..ini la....kemain...

Kalau disingkap balik sejarah aku la, dulu aku berkenan sgt mau jd Doktor!! doktor ok! sbb terpengaruh dgn makcik ak yg ms tu amik medic kat UKM, Alhamdulillah Doktor pakar dah skang. Ala, aku ni mmg jenis cepat terpengaruh pon..Paling hebat, pengaruh TV, sebagai contoh, mau blajo kat USM je lps tgk crite Ali Setan(ala zaman 80-an). Sgt ntah apa-apa ntah. U lain ak xmo, tak grand la kononnye ms tuh bg aku. Aku pon tak tau np, berkenan sgt kat USM tu. Walaupon aku tak dapat belaja kat USM, tapi dapat jalan2 pusing satu USM, redah segala cafe2, faculty2, taman2 n kolej2 kediaman USM pon jd la. Tercapai gak hasrat aku "masuk USM"..hehe. Doktor tu cita2 aku yg 1st. Secondly aku mau jd wartawan...ha ni terpengaruh dgn mak sendiri. kalo tak dpt jadi wartawan, mau jadi nurse..hehe klaka je..berjiwa perubatan rupanya aku ni. Banggo den(kembang kempis hidong ha). Eh ada lg, kalo tak dpt jd doktor, wartawan or nurse ak mau jad chef!! cet porah..ni langsung aku takde skills..buat malu je..mcm mn la aku blh ade cita2 tu dulu...kesal.Yang kelima, mau jadi accountant...

Haaa...kemain tau cita2 aku...so, masa ak form4-5 aku masok class account, bg ak ms tu, bermain dgn nombor la. Hah kene la tu, aku suka math. Cey, budget lps ni jd accountant la konon...wah berangan dasyat tu. Lps tu aku continued study kat IPB tau, amik Diploma Accountancy..Wahh..yakin ni, nmpk bersinar2 dah ms depan tau, accountant. Huh yang ado, kusangkakan panas terik sampai petang, ropanya tengahari hujan daaa...Rezeki aku untuk degree adalah Islamic Banking...so...gamaknye la...dari kelima-lima cita2 aku tu...mana satu yang kena ye?
pss/:(everybody please say "doktor.."..please...heeheehee)

Skang ni dok jalan2 sana sini cari keje. Syok pulak dok edar resume yang terpampang muka sendiri..Pelbagai memek muka ada..hehehe...Lagi 1 masalah, apasal hampir semua bank offer job yang nak orang ade
 experiende 2-3 taun je?ayo..kalo mcm ni, gapan bila sih aku mau keje dlm industry tu?...ha ni yang marah ni.

I dedicate this song to myself  yang sedang berusaha ni ha, kasi up semangat:
ni sgt suka-->Hambamu-mawi ft Ahkil hayy:
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

katy Perry-Firework:
*Do you know that there's still a chance for you
*Cause there's a spark in you..
.
*Come on let your colors burst
.
*After a hurricane comes a rainbow

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI

 ۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dah lama sebenarnye aku nak sharekan artikel di bawah ni. Tapi tak tau knpa, tak terpost2 pulak. Ada suggestions yg aku amalkan, ade jugak yg terkadang ak break that newrules. Ok la ni ak mau sharekan, KHAS utk kwn2 wanita dan sbg INFO utk lelaki. Tapi maaf, tak dapat nak linkkan pemilik asal artikel ni. Bila aku search punya search, kemain ramai bloggers yg dah pastekan artikel yang sama. So aku tak tau sp pemilik sebenar. Anyway, credit to original Author ok. Ni kira edisi blog ak punya la, sebab ak nak tambah siket2 terutama tang no.2 tu...check it out!

Readers, Baca dgn teliti ok:

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. 
Contoh :
maaf(bukan sorrie, sowwy.)
terima kasih(bukan time kacih,maceh<--ni paling aku menyampah!)
busuk (bukan buchuk,bucuk<--eww..geli dengonye)
...dan bayk lagi, tapi tak sanggup nak type.
Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
(aiseh...ni sebenarnye payah nak praktikkan, sebab kadang2 mcm perlu untuk elakkan salah faham. takpa2..i'll try)

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :

"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." 

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa:

“ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :

"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".

Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya...

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
(ok, ni aku terasa seperti tertusuk sembilu...heh)

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

 p/s : bagi perempuan , selagi perempuan ada didunia ini mnta tlglah pada  perempuan kecualilah semua prempuan dah mati. (malu tu penting bg perempuan... sabda nabi : jika tiada malu, lakukan semahumu) sy harap smua mmpu fhm dan aplikasikannya dlm kehidupan. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih  mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati..

Bagi lelaki, anda ada 9 akal bukan? fikir2kan lah secara rasional. Ini bukan diskriminasi mahupon provokasi...sama sekali tidak!

Writingwithoutpen said:: ok aku akui ade jugak yang aku terbuat seperti yang di atas tu. walaupon artikel ni dah lama aku baca, tapi ada jugak yang ak tak ikot. Dalam erti kata lain, aku ni degil dan alpa la sonang crito. aku pn bukannye baikkan. Memandang kan ak dah postkan benda ni, so aku kne la cuba ikot saranan di atas kan?kan? kalo tak, sama la ibaratnya aku dgn pepatah "ibarat ketam ajo anak2nye jln lurus, padahal dia sendiri jln senget".. eden torai, lps ni.. andai kata ak terleka, jangan la kalian mengutuk aku seperti cakap tak serupa bikin. Sebaliknya kalian ingatkan lah aku kerana aku pon manusia biasa yang bisa terpedaya dgn bisikan syaitan dan alpa..sekian (^_^)

mohon maaf andai ade terlanjur bahasa yang mengguris hati~~maaf =)
**wah blog ak dah ade radio tau.ak jumpa. Tak tau Radio apa tu...mcm blh tahan je lagu mlayu ade, omputeh ada..azan pon ade,nasyeed pon...layannn

Is True Friendship just like..FIREWORK huh?!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam 1 malaysia..woahh..tajok nak hebat je kan...ok ni entry pertama yg ak bukak sejak ak dah tak jd pelajar..or in other word..ak penganggur la...jgn sapa2 berani tny ak best ke tak jd "tokey anggur" ni...sbb ak takde jwpn yg menepati piawaian...kadang2 tak best..kadang mcm best la plak....lalala goyang kaki...

Berbalik kpd tajok yg mcm dasyat tu...is true friendship is just like... FIREWORK?!...ak rs ye kot..ni ak sendiri punya tafsiran la...ye la...sbg contoh...ak amik fasa masa ak belajar la....mula2 berjumpa...then lama2 terset up satu group yg mn semuanya bersama2 berganding tenaga nak berjaya bergemelapan gitu kan?...then bila sampai di satu saat, bintang masing2 dah bersinar (wah metafora tak agak2 hehe)...dah berada di puncak kononnye ni..semua akan membawa haluan memasing...membina kehidupan tersendiri dgn berasakan ilmu yg selama ni ditimba bersama rakan2...ha..kan sama tu dgn FIREWORKS...mula2 dlm 1 tiub tu..belerang2 akan bersatu untuk menuju ke atas...at one point..once reach on the top...pom!!!..bertaburan api2 membawa arah memasing..lps tu hilang...

Eh ...tp takde la ak harapkan ukhwah kami akan hilang...InsyaAllah ak takkan putuskan (^_^)v.. Tp ak sedar ..untuk always keep in touch payah la kot..masing2 sudah ade hala tuju memasingkan...hanya gambo2 n lagu2 yg menjadi kenangan dlm ingatan...
Apa-apa pon...to all my coursemates, floatingmates, housemates n gossipingmates...wish u all the best on your career..InsyaAllah kalian sentiasa dlm doa ak...TQ,TQ,TQ sooo much 4 being my friend. TQ fo everything. Will never forget u guys in very single days,hour and minute. Dedicating this song for u guys--> mai kelik2 kat sini

**lps ni mau keje..kumpul-kumpul duit..mau p Umrah n travel ke sana sini..aim:Petra.Jordan...moga Allah permudahkan...Insyaallah...