WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Ikhwan wa Akhwat

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Interview sebelum Interview Hakiki

Kalam dimulakan dengan meratib nama Asma' yg Esa...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Berlokasikan Level 3,PTAR 2,sebelah FPP U**M.

Seperti semester2 lepas, bila time dah dekat2 nak XM ni, ak akan registerkan diri ak kt PTAR..tujuan, ok konon nak study dan kononnye kalau ddk rumah ak akan tido tak pon tonton Asteruk ria,ceria dan mcm2 pakej la. Aku memang lemah la kalau TV tu panggil ak..hehe...
Setengah jam kemudian, sorang coursemate ak (sejak dr IPB) datang...ok, weol borak barang seminit dua(tipu)...lps tu..jeng..jeng..jeng...phone ak berbunyi...ak bermonolog "wah lagu apa yg best tu?"hehe..."owh handphone aku rupanya..ade incoming call"...marah gak la aku..sekali lagi aku bermonolog "ish...sapa la plak yg berani call ak"(ni la sifat manusia, bila takde orng call mengeluh,bila ada incoming marah2 pulak ye...manusia mmg selalu tak bersyukur,aku la tu)...

Rupa-rupanya akak yg ngekol aku tu suruh aku datang interview keesokan hari...ayo!!! tetiba kepala aku berpinar2...haaa...ni yang tak best ni...aku memang lemah bab2 interview ni...mula la aku tak senang duduk...malam ni nescaya aku tak tentu arah...bak kata kawan2 aku...gaya ak gelabah ni tak ubah seperti labah2 eh silap...tak ubah seperti orng nak kene pinang...aku biarkan je diorng berkata macam tu walaupon pada hakikatnye diorng pon belom di pinang,macam mn diorng tau perasaan orng dipinang??erkkk...takpe la..let it be...yang penting sekarang ak nebessss......ayoyo rimas...i hate this feeling...hehehe...

Sebagai tanda sokongan padu kepada interview ak ni...aku akan review background company tu siket2,iron baju n tudung siap2,side tu kasi tajam!perh macam askar wataniah la plak.Susun-susun documents apa yang patut dalam file,baca kesah2 sejarah tanah melayu,sirah2 nabi,gosip2 artis malaysia(erk...ni perlu ke?...ahh tak kesah la,ak tengah nebes..ak baca jugak)...
tak ketinggalan membuat karangan barang seperenggan dua untuk sesi perkenalan diri...habis segala buku cara-cara membuat karangan aku baca..hehehe..over.

Dari segi ritualnya...ak rasa at this moment..ak perlu buat s
olat hajat...hanya doa dari Allah je yang menguatkan aku...bila berdoa,insyaAllah aku yakin Allah bersama2 aku.dan aku yakin dia dah aturkan yang terbaik untuk aku...

so esok sebelum interview,akan aku bawa bersama asma' yang Esa.

Tips:

1)sebelum interview elok la baca Ya-Rafi' sebanyak 25 kali ye..lps tu hembus ke dalam air dan minum...make sure air mineral la kalau boleh..tak kan air kolam plak ye...maksud Ar-Rafi'= Yang Maha Tinggi)..moga2 dengan kalimah ni Allah mengangkat kedudukan seorng muslim yang berusaha...

2)sebelum jejakkan kaki kanan tu kt banggunan yang nak interview tu...lafazkan Bismillahiramanirahim(1 kali) dan Alhamdulillah hirabbila'lamin(7 kali)-baca dalam satu ;lafaz je..lepas tu berdoalah apa yang dihajati...
cth:ya Allah permudahkan segala urusan ku dan lembutkan lah hati si penemuduga tu..


3) tetapkan hati dan yakin Allah sentiasa bersama kita dan akan menolong dan melindungi hambanya...InsyaAllah...


Sesekali terfikir jugak aku...ni baru temmuduga kt dunia...nebesnye...masyaAllah...hanya aku dan Allah yang tahu. Tu belom lagi kalau menempuh
Interview di Alam barzakh...tak termampu aku bayangkan...jadi pengajarannya...ak harus persipkan diri untuk Interview yg hakiki tu..sebab kalau interview kt dunia ni...kita dah tau bila...ade surat atau call dr pihak tertentu..tapi kalau interview slps kehidupan ni..sorry la..tiada sebarang notis atau pengumuman yang akan dikeluarkan oleh mana2 pihak terutamanya dari malaikat Izrail,Munkar mahu pun Malaikat Nakir...Munkar dan Nakir lah nanti Interviewer yang utama.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)


Sooo to all my readers...bersama2 lah kita memperbaiki amalan kita..berusaha menjadi yang berkualiti di dunia dan akhirat...InsyaAllah.

Apa-apa pon aku bersyukur masih dikurniakan pancaindra untuk merasa moment berinterview.
Good luck to all my friends yang juga akan bersama2 berinterview untuk praktikel nanti ye..all the Best guys!!!

Ayahnda rindukan kami?



Salam dan selawat buat junjungan besar Rasulullah S.A.W.Rasul terakhir dari Allah dan tiada lagi Rasul selepas Baginda. Ok, baru je td aku jalan2 kat Facebook aku..tengah syok2 jalan punya jalan(e'eh tetiba lak terngiang lirik "ku jejak jalan yang berliku",lagu dari gila-gila remaja ok..hehe)..ok ..sambung..tengah syok ak jalan dan jalan kt facebook tu..tetiba sesampai saja kt page kawan sekolah aku ni, ak ternampak satu video...aku bemonolog "mcm penah tgk je uncle ni...yg pasti tu bkn met uncle usin la"...ak click kt button "play"...ooo...itu adalah pengetua sekolah ak...wa...sedih la ucapan dia.. ((kat atas tu videonya,sila pause lagu kt blog ni kalau mengganggu bunyi ye..kt belah kanan uols)...ak tak terkejut dengan perubahan fizikal beliau..sebab kt thread yg lepas ade aku cerita yang ak penah jumpa dia masa wedding kawan ak.

Aku igt lagi pengetua ni garang oooo....masa aku form 1 dulu...kteorng sesi petang..so...budak2 sesi petang yang tengah tunggu turn nak masuk kelas...kene duduk kt kantin dulu dan musti bukak buku dan baca...tak bulih gatal-gatal nak buat deligasi rasmi melawat kawasan sekolah...tu rules dia...pengetua ni rajin betul mundar mandir kt area sekolah dan bawak rotan...besar o rotan dia...takut ak aih...jadi!!(sekali lagi ,nada ala2 YB berucap), sektiap kali dia lalu kt area kantin, seingat aku la..ak akan pura2 baca buku persis seorang Ilmuan uols...memang hipokrit ak kan...hehehe...pengetua ni bagus...masa sekolah menengah keb.Sg Kertas di bawah pentadbiran bliau,nama sekolah kiteorng ni haruuuummmm jeetttttt...baik dari segi kokurikulum,sokan,akademik,seni(ni ak tipu kot) dan lain2 lagi..heheh..beliau jugaklah yang mewajibkan seluruh pelajar pakai tudung dan songkok....Natijahnya...jeng..jeng..jeng...Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas dinobatkan sebagai sekolag harian pertama yang mewajibkan pelajar lelaki bersongkok di Selangor ok! ni fakta ye bukan auta...maaf bukti yang merupakan keratan akhbar utusan dah ntah ke mana hilang...kalau sekolah2 di sekitar Selayang tu panggil pengetua as PENGETUA...tp sekolah kteorng ni panggil AYAHNDA...mesra siket...tp ak tak penah la pulak beramah mesra dgn beliau..kalau lalu sebelah tu..automatic laju je langkah ak..hehhe...penakut rupanya...

bila tgk video yang di post tu...sayu je hati aku tgk dia...bliau rindu kami =( rasa mcm nak pergi je reunion SMKSK tu...tp mcm clash ngan ja
dual XM je...tgk la mcm mana nanti...dapat pergi ke tidak...SMKSK n seluruh tenaga pengajar tetap dalam hati ak...kalau bukan mereka siapalah aku dikedudukan sekarang....moga2 Allah merahmati cikgu cikgi tang mengajar aku...huhu...wasalam..

Nama:Sekolah Menegah Kebangsaan Sungai Kertas
Lokasi: Sungai Tua, Selayang Selangor(area Batu caves)



Syarat Wanita bagi Muslimin

Berapa Ramai lelaki yg boleh mengimamkan saf?jika bukan saf yg besar cukuplah sekadar mengimamkan saf untuk keluarga..berapa ramaikah yang mampu berbuat demikian? kalau perempuan tidak bulih masak...amboiiii...bukan main hebat lagi wanita tu kne kutuk ye. Tetapi kalau lelaki yang tidak boleh jadi imam...relax la pulak ye. Kononnye jgn diperbesarkan, risau2 nanti mereka kecik hati..pulak dah...

"Apalah perempuan, tak pandai masak..siapalah nak kahwin dgn awak"...ha begitulah kata-kata sindirian lelaki kepada seorng gadis. Maka si gadis tu td jawablah yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil lagi tidak digalakkan oleh keluarga sebaliknya menumpukan perhatian pada pelajaran saja. dan ditambah pula, dgn kehidupan sebagai pelajar di sekolah berasrama. jadi faham2 lah, bila duduk diasrama peluang pulang ke rumah agak terhad dan semestinyelah tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya...

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki dengan penuh angkuh dan bersemangat waja uols..."Sedang belajar la ni, tapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitulah jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi meggelengkan-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorng wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita juga sepatutnya begitu. Letakkan syarat kpd bakal suami. Syarat utama menjadi suami mestilah boleh menjadi imam. Walau ada yg kata, jika itu syaratnya bermakna ramai wanita yang hidup membujang seumur hidupnya.Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak "memikat suami, perlu pikat dari seleranya" sering sgt diguna pakai. tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyubang utama kpd kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang ni bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi dari gaji si suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil iniciative mempelajari ilmu menjadi imam. ilmu bermain video game pulak yang mereka rasakan lebih perlu. kalau wanita tidak tahu memasak,pandailah pulak disuruh belajar dan sesudah belajar,perlulah handal...bila dah handal boleh la masak banyak-banyak untuk kawan2, keluarga2,penduduk kampung dan team bola sepak ye...heyy..macam-macam lah.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. bolehkan kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?kalau tidak pandai menjadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi dulu imam kepada adik beradik sendiri..kemudian try la jadi imam kepada keluarga dan rakan-rakan rapat. kang kot dah confidence lagi haa...try la mengimami satu taman perumahan.

"sibuk sangat suruh kita handal memasak ye, mereka tu boleh ke jadi imam?" dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga ye...aku bermonolog. Berapa kerat la sangat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka, bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam...ayo pelik nih...(aku bermonolog)
Sepatutnya kita mengambil berat tentang isu ni sepertimana memberatkan wanita prlu pandai memasak jika mahu bersuami. Soooooooooooo..(mak aih,panjang 'so' nye) lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua ke;luarga tidak goyah atau menjadi mangsa Queen Control. Pesanan ak...kalau tidak pandai, belajarlah dari sekarang. Tidak ada apa yang perlu dimalukan. Muslimah di luar sana amat memuliakan lelaki yg boleh menjadi imam,paling tidak terhadap keluarga sendiri. Selagi kita masih bernyawa, berusahalah ke arah kebaikan...

sumber dipetik: folder "Sebarkan" dari Facebook saudari Yus Fairus
diolah sikit-sikit: try-to-benatural