Berapa Ramai lelaki yg boleh mengimamkan saf?jika bukan saf yg besar cukuplah sekadar mengimamkan saf untuk keluarga..berapa ramaikah yang mampu berbuat demikian? kalau perempuan tidak bulih masak...amboiiii...bukan main hebat lagi wanita tu kne kutuk ye. Tetapi kalau lelaki yang tidak boleh jadi imam...relax la pulak ye. Kononnye jgn diperbesarkan, risau2 nanti mereka kecik hati..pulak dah..."Apalah perempuan, tak pandai masak..siapalah nak kahwin dgn awak"...ha begitulah kata-kata sindirian lelaki kepada seorng gadis. Maka si gadis tu td jawablah yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil lagi tidak digalakkan oleh keluarga sebaliknya menumpukan perhatian pada pelajaran saja. dan ditambah pula, dgn kehidupan sebagai pelajar di sekolah berasrama. jadi faham2 lah, bila duduk diasrama peluang pulang ke rumah agak terhad dan semestinyelah tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya...
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki dengan penuh angkuh dan bersemangat waja uols..."Sedang belajar la ni, tapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar me
masak tetap tidak diutamakan!" Begitulah jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi meggelengkan-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorng wanita jika tidak tahu memasak.Wanita juga sepatutnya begitu. Letakkan syarat kpd bakal suami. Syarat utama menjadi suami mestilah boleh menjadi imam. Walau ada yg kata, jika itu syaratnya bermakna ramai wanita yang hidup membujang seumur hidupnya.Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak "memikat suami, perlu pikat dari seleranya" sering sgt diguna pakai. tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyubang utama kpd kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang ni bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi dari gaji si suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil iniciative mempelajari ilmu menjadi imam. ilmu bermain video game pulak yang mereka rasakan lebih perlu. kalau wanita tidak tahu memasak,pandailah pulak disuruh belajar dan sesudah belajar,perlulah handal...bila dah handal boleh la masak banyak-banyak untuk kawan2, keluarga2,penduduk kampung dan team bola sepak ye...heyy..macam-macam lah.
Begitulah standard yang telah ditetapkan. bolehkan kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?kalau tidak pandai menjadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi dulu imam kepada adik beradik sendiri..kemudian try la jadi imam kepada keluarga dan rakan-rakan rapat. kang kot dah confidence lagi haa...try la mengimami satu taman perumahan.
"sibuk sangat suruh kita handal memasak ye, mereka tu boleh ke jadi imam?" dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga ye...aku bermonolog. Berapa kerat la sangat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka, bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apa
bila dirinya yang rugged menjadi imam...ayo pelik nih...(aku bermonolog)Sepatutnya kita mengambil berat tentang isu ni sepertimana memberatkan wanita prlu pandai memasak jika mahu bersuami. Soooooooooooo..(mak aih,panjang 'so' nye) lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua ke;luarga tidak goyah atau menjadi mangsa Queen Control. Pesanan ak...kalau tidak pandai, belajarlah dari sekarang. Tidak ada apa yang perlu dimalukan. Muslimah di luar sana amat memuliakan lelaki yg boleh menjadi imam,paling tidak terhadap keluarga sendiri. Selagi kita masih bernyawa, berusahalah ke arah kebaikan...
sumber dipetik: folder "Sebarkan" dari Facebook saudari Yus Fairus
diolah sikit-sikit: try-to-benatural
0 comments:
Post a Comment