WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts

Dipenantian Luahan Rasa..Teguh Satu Pilihan.



Sebelom play...mohon pause dulu toolbox music sebelah ni dolu.

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sebab Allah nak kita jadikan DIA tempat berserah/begantung..

Bila di wujudkan pilihan...makanya DIA  nak kau tanya kat DIA, mintak hint kat DIA...

Pastu tugas kau observe mn 1 yg btol2 serius. thru actions derang. kau tengok sekali akhlak dia. kau tengok siapa kawan2 dia...kau tengok hubungan dia dengan Tuhan..pastu ko uji sket..ikot creativity korang laaaa....then ko blh tau..Pastu kau kene clearify...tanya betol2. Kebanyakkan dari kita kat situ lah salah nya...takmo clearify. kau tanya je..nak ke tak...kan senang.Pastu kau pulak jangan nak letak expectation terlalu tinggi sebabnya kau/aku/kita jugak bukan seorng yg perfect...itu mohon disedarkan diri..

Kalau semua tak jalan...aku advice...ko carik je lain...hahahhaha ..

eh ntah la..ak bkn pakar dlm bab ni.  ak cuma pakar pemakanan je...

Dan kalau kau tanya cara aku....
ko tgk lirik lagu di atas...itu la...auchhh... =))))))
aku memilih utk leave it to Allah...mintak dia jauhkan hati aku dgn orng yang tak ikhlas...simple  as that. sebab aku malas terjebak dgn chenta yg sia2 baq hang...

ok..babai...nenek ak panggil utk makan. Continue later.

Tanpa Pimpinan DariMU

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Munsyid
-Raihan-

Cerita 2- استجب دعائنا يا الله يا الله

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
******
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Amin ya rabbal alamin

Devotees-aku Merinduimu <--Click
Aeman-Anak Soleh <--Click
استجب دعائنا يا الله يا الله


Baitulmaqdis

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sesekali akan dapat melukakan mereka,mahupon oleh kesusahan yang menimpa mereka,sehinggga datang keputusan Allah. Dan mereka akan tetap sedemikian.
Maka para sahabat bertanya "Wahai Rasulullah,di manakah mereka ini?

Sabda baginda "Mereka berada di Baitulmaqdis..dan sekitar Baitulmaqdis"

Sabda Nabi lagi di hadis Abu Daud, bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran...hatta yuqhadilakhiruhum al masih ad dajjal...sehingga pejuang terakhir di antara mereka akan berjuang menentang al masih ad-dajjal!!!

Youtube:Mu'adz-Amrullah(Baitulmaqdis) <--(click)