WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Macam ni la..Kita Ambil Jalan Mudah...

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Bismillah,Assalamualaikum...Salam satu Ummah,salam satu Malaysia...ha bukti ni ak sayang Malaysia...greeting tu tak tinggal...Kali ni terajin pulak ak nak bukak satu muka surat lagi kat 'diari eletronik" ak ni. Idea datang selepas tengok berita kat tibi swasta nun. Semalam lagi ak dah berazam..ni kalo klua lagi berita yang sama hari ni, dgn pantas,tuntas, rakus, laju zup zap zup zap...ak nak post pasal issue ni...ni pasal POLITIK...uiiii seram tu..seram..ak berpolitik!!! haip! tapi jgn salah paham..ak bukan berkempen ye bersempena PRU Sarawak nnt..ak xde kepentingan pon..dan ak bkn la bertanding kat sinun pon..hehe...moga2 PRU tu nnt berjalan lanco, aman n dlm suasana gojez!

Ok2..back to the topic...skang ni ikot carta berita terhangat di pasaran yg dibuat oleh ak sendiri la...ade dua top topic. 1) Issue pasal Video ^%$# orang yang Kenamaan, dan yang ke-2) issue psl poco-poco~ingatkan dah stop cerita ni,ropanya..'yang ado'(bak kata azwan ali)~

Mari mulakan dengan kedudukan di carta ke-2: POCO-POCO

Sebenarnye issue psl koreografi, poco2 ni dah lama ak dgr...since that, ak dah tak active dah berpoco-poco ni(hehe untuk pengetahuan, ak penah buat sekali je kot, lepas tu dah malas.penat!pusing2). Iya la...orang dok kata steps poco-poco ala2 simbol pemujaan agama lain selain Islam,dimana ianya tidak bulih dilakukan oleh orang Islam. Lepas tu pelbagai pandangan dr pakar agama klua psl issue ni. Ahkak keliruz dah dikkk(gaya kak Ogy)..Bila dipikior baik2 bawah pokok epal, oo ada benarnye. Tp ak ni bkn la pakar agama mahu pon pakar kaji sejarah purba untuk turut sama meletak kan hukum. So kebenarannye ak tak tau...Jadi untuk berada di jalan yang selamat..toksah la dok pom pang pom pang bising2 nak fight poco2 boleh,poco2 tak blh. Bagi aku la, dah kalo ade keraguan ataupon shubhah, apa kata kita amik jalan mudah. Ala common la, kan banyak lagi tarian yang blh kita guna untuk bersenam...tak pon, uols on je apa2 lagu lepas tu pakai hentam je la menari ikot suka..asal kluo peluh udah. Tak semestinya poco2 je kan? Make it life simple as that la. Tinggal kan yg syubhah.

Ok,story di carta 1st: Video *&^% orang Kenamaan.

Takmau la ak ulas lelebih, sebab.. kalau betol la kalian orang Malaysia, of course faham apa issue yang ak nak sampaikan. 1st of ol, ak bkn la pro-P*^ mahupon pro-%$ (undi itu rahsiaaaa...)...Cuma satu je la lesson yang ak dapat. Kita jangan dedahkan aib orang selagi tak tau kebenaran nye.eh... tapi rasanya kalao betol pon(beserta bahan bukti), kita tak blh aib kan seseorang di khalayak umum kan??kalo nak bg tau umum boleh, TAPI nama si pelaku hendak lah dirahsiakan. Itupon hanyalah bertujuan sbg PENGAJRAN & untuk MENDIDIK orang. Itu apa yang ak paham la selama hampir 25 tahun ak hidup ni...hasil didikan parents dan para ustaz/ah ak. Ini pendapat ak la...
Take note tu...kita tidak blh sewenang2nye membuka aib orang..nak2 kalo tak pasti lagi. Consider jugak la perasaan ahli keluarga, isteri dan anak2 mereka. Banyak 'air muka' yang kene kita ambil tahu. Kalau kita buka aib orang, igt! di akhirat nanti Allah akan buka aib kita. Lagi la..Masa tu kat Padang Mahsyar. Lagi malu nanti. Ade berjuta-juta-juta-juta2 orang dari zaman Nabi Adam membawak ke Ummat Terakhir Nabi Junjungan S.A.W plus para malaikat...Nauzubillah.(Mohon perbetulkan ak kalo silap ye)...ak pon tak tau la,perlu ke idak video tu dipertontonkan ke umum atau tak. Sekali lg, ambil jalan mudah dah la-- kalo kita jaga aib orang, orang akan jaga aib kita, ALLAH juga akan tolong kita. Semua benda akan go smooth kalau berlandaskan Iman. Sekian...wallahualam.
Semoga Malaysia aman sejahtera, InsyaAllah.

1 comments:

As salam.

oo poco2 ye. kalau dikatakan ianya tak boleh dilakukan oleh umat islam. eloklah ditinggalkan bg sesiapa yg msh buat. ya, klu was2 kita jgn buat. ^^

betul 2, klu sesorg 2 mmbuka aib orang lain, Allah akan mmbuka aibnya. biarpun di dalam rumahnya sendiri. dan klu sesorg menutup menutup ksalahan org lain, Allah akan menutup kesalahannye. Wallahualam.

 

Post a Comment