WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Officially...Tamat Sudah Degree

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
 Takbir,Tahlil,Tahmid,Tasbih Allahu akbar, La ilaha illallah, Alhamdulillah, Subhanallah..
Allahmdulillah, Allahmdulillah, Allahmdulillah ...final result exam sudah keluar.Sykur teramat sgt, Allah bg izin aku lulus XM...pengakhiran yang baik sepanjang sejarah pengajian aku...ALAHMDULILLAH...

Thesis aku dpat result yang boleh memberi senyuman kepada ibubapa aku. Juga, mendapat keputusan lulus untuk praktical training. Semua ni takkan berlaku tanpa support dan pertolongan kawan2 dan yg pasti dgn izin Allah. From the buttom of my heart, seriously ak sangt berterima kasih kepada Nur Naimah..sebab kerana pertolongan dia dan dgn izin Allah, ak dapt lengkapkan salah satu prosess utuk tamatkan degree...dan dia juga tulang belakang kpd sesi cr tempat tinggal...really appreciate her...Hanya Allah yg dapat balas jasa dia...doa aku, semoga dia sentiasa bahgia dunia akhirat.

Also lots of thanks to Aien, Elah, Dayah, k.sya, wahida a.k.a wawa, Zu, Noli, Miza, Ibu(raaisyah), twin aku(Madiha), asima, eila, syahida,ain wasiman, Aus, Hizam, Rifdi, Anip,Ais, De, Abg Long dan ISBARIAN..maaf kalo nama tak tertulis...

Sedikit Renungan:
Perempuan yang di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
 
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"  "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...

Tahniah Twin...

 ۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
1st of all...mari kita Takbir,Tahlil,Tahmid,Tasbih dulu ye-->..Allahu akbar, La ilaha illallah, Alhamdulillah, Subhanallah!!

Allahmdulillah, Allahmdulillah, Allahmdulillah...syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T..(aceceh..mcm text ucapan awam pulak ye...) syukur tak terhingga untuk adik kembar ak, sbb dengan izin Allah depa berjaya untuk cont their study kat USM...ha USM..igt lg tak?igt lg tak??ala treat ak yg kat bwh ni...bkn ke aku dulu terkinja-kinja nak study kt USM, tp takde rezeki..so bila aku tgk adik twin ak tu, kedua2 nye berjaya dan bakal jejak kaki ke situ...so ak pon tarik nafas lega..ye la walaupon bkn ak yang berlajo kat situ, tp at least ada gak darah daging ak yg berpeluang study kat situ...wahhh..ada chance la ak slalu ke sinun...phewwiiittt...tahniah utk ak gak...twin..u make me proud walaupon kamu budak malas n nakal..hehehe....(naya ak kalo depa bc ni).

Apa yang ak harapkan..semoga Allah lindungi adik2 ak ni..yela,mn ada sdara mara kat Penang tu..harap2 diorang dapat kawan2 yang bersama2 bimbing mereka ke arah kebaikan..macam kwn2 ak..hehe...walaupon kwn2 ak happening tak terhingga, kami klua gak malam..tapi still menjaga batas2 agama..kami tak keluar malam2 dgn boboy tau..kalo ade pon...dalam kumpulan yang besar..dan geng2 boboy kami, alhamdulillah baik2...Semoga adik2 ak tu sentiasa dalam adat dan budaya melayu islam...dannnn kalo boleh, mumtaz la dlm academic..InsyaAllah...

Dan...untuk ak??...semoga Allah permudah kan rezeki ak dalam pengembaraan ak mencari kerja. Semoga Allah turunkan rezeki ak andai ia masih di Langit.Moga Allah keluarkan rezeki ak jika ianya masih di Bumi. Moga allah dekatkan rezki ak jika ianya masih jauh. semoga Allah permudahkan jika ianya sukar dan sucikan rezki ak andainya ianya Haram. Mustajib doa ana ya Allah..mau kumpol duit..kang nak p shoping2 kat Penang nun...Penang september...im coming!!!

Owh..on top of that...Zue...congratulation to Katy jugak ye...bersama layak ke USM...insyaAllah...


Kasi Up Semangat!

 ۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Huiii...la ni ak busy o..busy cari kerja...hah sian ak kan. Nak beli roti sekaya pon mak bapak sponsor..apa hal? Baru ak tau, sosah ropanya cari keje ni..Sebot psl keje...tringat dulu..kalo time2 sekolah dulu...asal sesi kenal diri je..bila part ambition tu...wah megah2 tu sebot nak jadi itu la ..ini la....kemain...

Kalau disingkap balik sejarah aku la, dulu aku berkenan sgt mau jd Doktor!! doktor ok! sbb terpengaruh dgn makcik ak yg ms tu amik medic kat UKM, Alhamdulillah Doktor pakar dah skang. Ala, aku ni mmg jenis cepat terpengaruh pon..Paling hebat, pengaruh TV, sebagai contoh, mau blajo kat USM je lps tgk crite Ali Setan(ala zaman 80-an). Sgt ntah apa-apa ntah. U lain ak xmo, tak grand la kononnye ms tuh bg aku. Aku pon tak tau np, berkenan sgt kat USM tu. Walaupon aku tak dapat belaja kat USM, tapi dapat jalan2 pusing satu USM, redah segala cafe2, faculty2, taman2 n kolej2 kediaman USM pon jd la. Tercapai gak hasrat aku "masuk USM"..hehe. Doktor tu cita2 aku yg 1st. Secondly aku mau jd wartawan...ha ni terpengaruh dgn mak sendiri. kalo tak dpt jadi wartawan, mau jadi nurse..hehe klaka je..berjiwa perubatan rupanya aku ni. Banggo den(kembang kempis hidong ha). Eh ada lg, kalo tak dpt jd doktor, wartawan or nurse ak mau jad chef!! cet porah..ni langsung aku takde skills..buat malu je..mcm mn la aku blh ade cita2 tu dulu...kesal.Yang kelima, mau jadi accountant...

Haaa...kemain tau cita2 aku...so, masa ak form4-5 aku masok class account, bg ak ms tu, bermain dgn nombor la. Hah kene la tu, aku suka math. Cey, budget lps ni jd accountant la konon...wah berangan dasyat tu. Lps tu aku continued study kat IPB tau, amik Diploma Accountancy..Wahh..yakin ni, nmpk bersinar2 dah ms depan tau, accountant. Huh yang ado, kusangkakan panas terik sampai petang, ropanya tengahari hujan daaa...Rezeki aku untuk degree adalah Islamic Banking...so...gamaknye la...dari kelima-lima cita2 aku tu...mana satu yang kena ye?
pss/:(everybody please say "doktor.."..please...heeheehee)

Skang ni dok jalan2 sana sini cari keje. Syok pulak dok edar resume yang terpampang muka sendiri..Pelbagai memek muka ada..hehehe...Lagi 1 masalah, apasal hampir semua bank offer job yang nak orang ade
 experiende 2-3 taun je?ayo..kalo mcm ni, gapan bila sih aku mau keje dlm industry tu?...ha ni yang marah ni.

I dedicate this song to myself  yang sedang berusaha ni ha, kasi up semangat:
ni sgt suka-->Hambamu-mawi ft Ahkil hayy:
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

katy Perry-Firework:
*Do you know that there's still a chance for you
*Cause there's a spark in you..
.
*Come on let your colors burst
.
*After a hurricane comes a rainbow

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI

 ۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dah lama sebenarnye aku nak sharekan artikel di bawah ni. Tapi tak tau knpa, tak terpost2 pulak. Ada suggestions yg aku amalkan, ade jugak yg terkadang ak break that newrules. Ok la ni ak mau sharekan, KHAS utk kwn2 wanita dan sbg INFO utk lelaki. Tapi maaf, tak dapat nak linkkan pemilik asal artikel ni. Bila aku search punya search, kemain ramai bloggers yg dah pastekan artikel yang sama. So aku tak tau sp pemilik sebenar. Anyway, credit to original Author ok. Ni kira edisi blog ak punya la, sebab ak nak tambah siket2 terutama tang no.2 tu...check it out!

Readers, Baca dgn teliti ok:

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. 
Contoh :
maaf(bukan sorrie, sowwy.)
terima kasih(bukan time kacih,maceh<--ni paling aku menyampah!)
busuk (bukan buchuk,bucuk<--eww..geli dengonye)
...dan bayk lagi, tapi tak sanggup nak type.
Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
(aiseh...ni sebenarnye payah nak praktikkan, sebab kadang2 mcm perlu untuk elakkan salah faham. takpa2..i'll try)

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :

"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." 

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa:

“ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :

"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".

Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya...

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
(ok, ni aku terasa seperti tertusuk sembilu...heh)

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

 p/s : bagi perempuan , selagi perempuan ada didunia ini mnta tlglah pada  perempuan kecualilah semua prempuan dah mati. (malu tu penting bg perempuan... sabda nabi : jika tiada malu, lakukan semahumu) sy harap smua mmpu fhm dan aplikasikannya dlm kehidupan. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih  mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati..

Bagi lelaki, anda ada 9 akal bukan? fikir2kan lah secara rasional. Ini bukan diskriminasi mahupon provokasi...sama sekali tidak!

Writingwithoutpen said:: ok aku akui ade jugak yang aku terbuat seperti yang di atas tu. walaupon artikel ni dah lama aku baca, tapi ada jugak yang ak tak ikot. Dalam erti kata lain, aku ni degil dan alpa la sonang crito. aku pn bukannye baikkan. Memandang kan ak dah postkan benda ni, so aku kne la cuba ikot saranan di atas kan?kan? kalo tak, sama la ibaratnya aku dgn pepatah "ibarat ketam ajo anak2nye jln lurus, padahal dia sendiri jln senget".. eden torai, lps ni.. andai kata ak terleka, jangan la kalian mengutuk aku seperti cakap tak serupa bikin. Sebaliknya kalian ingatkan lah aku kerana aku pon manusia biasa yang bisa terpedaya dgn bisikan syaitan dan alpa..sekian (^_^)

mohon maaf andai ade terlanjur bahasa yang mengguris hati~~maaf =)
**wah blog ak dah ade radio tau.ak jumpa. Tak tau Radio apa tu...mcm blh tahan je lagu mlayu ade, omputeh ada..azan pon ade,nasyeed pon...layannn

Is True Friendship just like..FIREWORK huh?!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam 1 malaysia..woahh..tajok nak hebat je kan...ok ni entry pertama yg ak bukak sejak ak dah tak jd pelajar..or in other word..ak penganggur la...jgn sapa2 berani tny ak best ke tak jd "tokey anggur" ni...sbb ak takde jwpn yg menepati piawaian...kadang2 tak best..kadang mcm best la plak....lalala goyang kaki...

Berbalik kpd tajok yg mcm dasyat tu...is true friendship is just like... FIREWORK?!...ak rs ye kot..ni ak sendiri punya tafsiran la...ye la...sbg contoh...ak amik fasa masa ak belajar la....mula2 berjumpa...then lama2 terset up satu group yg mn semuanya bersama2 berganding tenaga nak berjaya bergemelapan gitu kan?...then bila sampai di satu saat, bintang masing2 dah bersinar (wah metafora tak agak2 hehe)...dah berada di puncak kononnye ni..semua akan membawa haluan memasing...membina kehidupan tersendiri dgn berasakan ilmu yg selama ni ditimba bersama rakan2...ha..kan sama tu dgn FIREWORKS...mula2 dlm 1 tiub tu..belerang2 akan bersatu untuk menuju ke atas...at one point..once reach on the top...pom!!!..bertaburan api2 membawa arah memasing..lps tu hilang...

Eh ...tp takde la ak harapkan ukhwah kami akan hilang...InsyaAllah ak takkan putuskan (^_^)v.. Tp ak sedar ..untuk always keep in touch payah la kot..masing2 sudah ade hala tuju memasingkan...hanya gambo2 n lagu2 yg menjadi kenangan dlm ingatan...
Apa-apa pon...to all my coursemates, floatingmates, housemates n gossipingmates...wish u all the best on your career..InsyaAllah kalian sentiasa dlm doa ak...TQ,TQ,TQ sooo much 4 being my friend. TQ fo everything. Will never forget u guys in very single days,hour and minute. Dedicating this song for u guys--> mai kelik2 kat sini

**lps ni mau keje..kumpul-kumpul duit..mau p Umrah n travel ke sana sini..aim:Petra.Jordan...moga Allah permudahkan...Insyaallah...

Hey, Yesterday was 15th April...

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah...Allah izin kan ak extending lagi umo ak lagi setahun...and now i'm 25 ok..wah jubli perak la kiranya...dan secara tak langsung...ajal juga kira sudah menghampiri ak jugak...and im not very happy for that...coz bila di ingat2 balik...adakah aku dah menggunkan 25 tahun yg diberi dengan sebaiknya?ak rasa tidak. Adakah selama 25 tahun ni ak betol2 hidup dalam landasan islam yang betol?dan jawapan dia tidak...Adakah sepanjang 25 tahun yang lepas aku abdikan sepenuh diri kepada Allah??ak rasa tidak jugak.. berapa banyak dosa yang ak dah kumpul sepanjang 25 tahun ni? dan berapa pula timbal berat pahala aku? wallahualam. Dan andai kata ak dijemput Allah semula, adakah mungkin ak blh tebus segala dosa yang pernah ak buat selama 25 tahun yg lepas???wallahualam... semoga lepas ni...ak menggunakn umo yg ade sebaik mungkin.

Erti hari jadi- mengajar ak untuk lebih sedar bahawa ak tidak blh berbangga dgn anjakan umo aku..sebaliknya ak kne sedar bahawa ajal semakin menghampiri..ha signel la tu...tambah2 amal..tapi....ehhehe..ak ni kekadang lagha jugak...semoga kesempatan hidup di hari yg mendatang ak gunakan ke arah kebaikan...mencapai kejayaan dunia demi nak survive untuk kejayaan akhirat yg kekal abadi...

Dan semalam juga last day ak berintership...pahit manis during intership..akan ak sematkan dlm ingatan..wah ayat novel ok!.

Memories of 15 april 2011:
-Birthday ak la salah satunya..syukur
-last day ber intership
-the long gudbye to EA's staffs espicially kak tasya..she's so cute...sedeh..tp buat2 cool..steady aku!
-Gathering dgn geng2 ak..merayau2, jalan2 dan sesat2 kat Key El...dgn pelbagai ragam dr kwn2...tp takpe, tu semua kenangan (^_^)v
-Tetiba dapat byk hadiah pulak..ada dari staff EA & the rest from my lovely friends...tq guys...tak pernah pulak dapat hadiah byk mcm tu...actually xda hadiah pon xpe..ckp la dgn nilai persahabatan...tp dah uols bagi..i really10x appriciated! semoga Allah membalas jasa kalian. That's why i call 15 April 2011 as the sweetest gojez day..hehehe.
-Hari yang memegang record balik rumah paling lambat..ni kalo parent ak tau...nescaya ak kene marah beserta ceramah free...
--sekian--

Macam ni la..Kita Ambil Jalan Mudah...

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Bismillah,Assalamualaikum...Salam satu Ummah,salam satu Malaysia...ha bukti ni ak sayang Malaysia...greeting tu tak tinggal...Kali ni terajin pulak ak nak bukak satu muka surat lagi kat 'diari eletronik" ak ni. Idea datang selepas tengok berita kat tibi swasta nun. Semalam lagi ak dah berazam..ni kalo klua lagi berita yang sama hari ni, dgn pantas,tuntas, rakus, laju zup zap zup zap...ak nak post pasal issue ni...ni pasal POLITIK...uiiii seram tu..seram..ak berpolitik!!! haip! tapi jgn salah paham..ak bukan berkempen ye bersempena PRU Sarawak nnt..ak xde kepentingan pon..dan ak bkn la bertanding kat sinun pon..hehe...moga2 PRU tu nnt berjalan lanco, aman n dlm suasana gojez!

Ok2..back to the topic...skang ni ikot carta berita terhangat di pasaran yg dibuat oleh ak sendiri la...ade dua top topic. 1) Issue pasal Video ^%$# orang yang Kenamaan, dan yang ke-2) issue psl poco-poco~ingatkan dah stop cerita ni,ropanya..'yang ado'(bak kata azwan ali)~

Mari mulakan dengan kedudukan di carta ke-2: POCO-POCO

Sebenarnye issue psl koreografi, poco2 ni dah lama ak dgr...since that, ak dah tak active dah berpoco-poco ni(hehe untuk pengetahuan, ak penah buat sekali je kot, lepas tu dah malas.penat!pusing2). Iya la...orang dok kata steps poco-poco ala2 simbol pemujaan agama lain selain Islam,dimana ianya tidak bulih dilakukan oleh orang Islam. Lepas tu pelbagai pandangan dr pakar agama klua psl issue ni. Ahkak keliruz dah dikkk(gaya kak Ogy)..Bila dipikior baik2 bawah pokok epal, oo ada benarnye. Tp ak ni bkn la pakar agama mahu pon pakar kaji sejarah purba untuk turut sama meletak kan hukum. So kebenarannye ak tak tau...Jadi untuk berada di jalan yang selamat..toksah la dok pom pang pom pang bising2 nak fight poco2 boleh,poco2 tak blh. Bagi aku la, dah kalo ade keraguan ataupon shubhah, apa kata kita amik jalan mudah. Ala common la, kan banyak lagi tarian yang blh kita guna untuk bersenam...tak pon, uols on je apa2 lagu lepas tu pakai hentam je la menari ikot suka..asal kluo peluh udah. Tak semestinya poco2 je kan? Make it life simple as that la. Tinggal kan yg syubhah.

Ok,story di carta 1st: Video *&^% orang Kenamaan.

Takmau la ak ulas lelebih, sebab.. kalau betol la kalian orang Malaysia, of course faham apa issue yang ak nak sampaikan. 1st of ol, ak bkn la pro-P*^ mahupon pro-%$ (undi itu rahsiaaaa...)...Cuma satu je la lesson yang ak dapat. Kita jangan dedahkan aib orang selagi tak tau kebenaran nye.eh... tapi rasanya kalao betol pon(beserta bahan bukti), kita tak blh aib kan seseorang di khalayak umum kan??kalo nak bg tau umum boleh, TAPI nama si pelaku hendak lah dirahsiakan. Itupon hanyalah bertujuan sbg PENGAJRAN & untuk MENDIDIK orang. Itu apa yang ak paham la selama hampir 25 tahun ak hidup ni...hasil didikan parents dan para ustaz/ah ak. Ini pendapat ak la...
Take note tu...kita tidak blh sewenang2nye membuka aib orang..nak2 kalo tak pasti lagi. Consider jugak la perasaan ahli keluarga, isteri dan anak2 mereka. Banyak 'air muka' yang kene kita ambil tahu. Kalau kita buka aib orang, igt! di akhirat nanti Allah akan buka aib kita. Lagi la..Masa tu kat Padang Mahsyar. Lagi malu nanti. Ade berjuta-juta-juta-juta2 orang dari zaman Nabi Adam membawak ke Ummat Terakhir Nabi Junjungan S.A.W plus para malaikat...Nauzubillah.(Mohon perbetulkan ak kalo silap ye)...ak pon tak tau la,perlu ke idak video tu dipertontonkan ke umum atau tak. Sekali lg, ambil jalan mudah dah la-- kalo kita jaga aib orang, orang akan jaga aib kita, ALLAH juga akan tolong kita. Semua benda akan go smooth kalau berlandaskan Iman. Sekian...wallahualam.
Semoga Malaysia aman sejahtera, InsyaAllah.