Syukur Alahamdulillah hari ni sudah msk 19 Ramadhan...insyaAllah dalam 11 hari lagi tamat la bln Ramadhan. Tapi apa yg aku lihat, season kali ni performing aku dalam bulan ramadhan tak spt tahun2 lepas. Seingat ak, baru sekali aku berpeluang solat tarawih di masjid( yg lain kadang ak buat sendiri kat rumah). Adakah perlu aku salah kan assignment2 dan test2 yg tiap2 minggu ak perlu buat? ke sebernarnya tu silap diri aku sendiri?? yela sapa suruh pemalas sgt p tangguh2 kerja yang lecturer bg...padahal, assignment tu sebelum Ramadhan dah diberi..ha...baru padan muka aku.
Tub..tub..tub...baru aku sedar yg ramadhan dah nak tamat...walhal masa ramadhan lah yg perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk topup amalan kita.bulan bonus ni...next week lak..mcm sibuk je sampai hari khamis..sapa lah yg perlu aku sabitkan kesalahan tu??aku sendiri ke?
Byk juga lah masalah aku kali ni ye...tapi takpe lah..akan aku face it dgn senyuman je la...awet muda tu..hehehe..akan aku berusaha back to the basic..."mengadu" kpd Allah...aku Yakin Dia saja the only one yg blh tlg aku dr hasutan syaitan ni..syaitan la ni punya pasal..suka benar hasut ak...ak lak terpedaya je...menci ko syaitan...shuh..shuh
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Berpegangnya aku kepada kata2 ni:-
"Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya...."
.Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155.
Semoga aku dan rakan2 sekuliah yg lain tabah dlm menghadapi tekanan pada minggu hadapan...InsyaAllah.
Dan lagi satu, kalau boleh di bln ramadhan ni, jangan la kita tinggalkan solat 5 waktu ye...ak pernah terdengar dlm satu ceramah ni..katanya
5 waktu solat dikira sebagai 1 tiang solat...kalau satu waktu kita tinggal..bermakna solat kita untuk hari tu tiada tau...lps tu ada pulak orng argued, "kalau mcm tu, katakan kita tertinggal 1 waktu, makanya sia2 je la yg empat waktu tu...klu mcm tu baik tak payah solat" dan penceramah tu jawab "... tapi kita kne igt di akhirat kelak, setiap waktu solat kita akan ditanya dan dihisab"...jadi nak tak nak..memang WAJIB laah kita buat 5 waktu ye...
Apalah gunanya jika kita berpuasa tetapi tidak solat 5 waktu, apalah gunanya kita solat SUNAT terawih, kalau tidak solat Wajib 5 waktu.
sekian =D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment