Salam...di sini aku nak share sikit beberapa cerita yg mana ak fikir blh dijadikan pengajaran dan meningkatkan sedikit pengetahuan.
CERITA 1: TUDUNG WANITA
Teringat aku pada satu text( tak ingat kt mana ak baca). Ianya berkisar mengenai tudung wanita..memang menarik...
"Tudung wanita ada empat...1)tudung pada wajahnya, 2) tudung pada mata, 3) tudung pada suara dan 4) tudung pada hati.
dengan menggunakan akal fikiran yg aku katagorikan sebagai sempit, aku mulai membayangkan seolah-olah ada kain penutup di mata dan mulut...ok, tak lawak pon.
apakah maksud tersiratnya??
“Tudung pada wajah- jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.
Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah-->subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”
** tapi..aku pon terlanggar juga pesanan diatas...harap diperbaiki..insyaAllah...
CERITA 2:SIAPA APA?
Yang ni pula adalah untuk renugan bersama. Tak ingat dari mana ak baca, tetapi dalam blog tu ada statement yang meminta agar mesej2 dia di fowardkan kpd saudara seislam yg lain. Sebaik-baik manusia, adalah mereka yang memberi manfaat kepada yang lain.
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Jadi kepada kawan-kawan ku...marilah kita bersama renung-renungkan dan memilih yang terbaik buat diri kte...wslm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment