۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hawa,Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
maka ingatlah...kamu ada dua pilihan yang terbentang..
Pertama...
Kamu jadi seperti kelapa,
mudah di peroleh,di parut, di perah
dan diambil santannya...
selepas itu hampasnya di buang...
Yang kedua...
Kamu menjadi sebutir mutiara...
Berada di dasar laut,tersimpan rapi,
dilindungi kulit,
bukan senang nak melihat...
apatah lagi mendapatkannya...
hanya orang yang bertuah, yang berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehinya,
harganya mahal sekali...
dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi...
Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa atau mutiara?
Di sebalik santan...
menjadi penyedap makanan,
di perah segala kenikmatan dengan mudah jatuh menjadi titisan,
akhirnya habis kari dimakan,
pulut panggang sisa habis di telan,
dan santan hilang tak jadi ingatan.
Ynag terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan.
Mutiara,
Terbenam di dasar yang paling dalam,
sukar andai mengharap jadi perhatian..kerana...
ia dilapisi kulit yang keras menghadang,
namun kiranya di temui insan...
akan menjadi permata hiasan...
Terletak tinggi di cincin idaman...atau...
di leher atau di lengan menawan,
makin lama mutiara terbenam,makin tinggi nilainya.
Oleh itu...
Tentukan yang mana satu menjadi pilihan,
SANTAN atau MUTIARA... (^_^)v
Post kat atas ni bukan lah 100% idea dari aku...aku just menjalankan aktiviti plagiat je ni ha...Alaa...Just copy paste email yang difowardkan kepada aku dari seorang kenalan, tanpa ketahui pemilik asal artikel ni....aku tak la secreative ni nak buat pantun ke puisi ke dan kekekeke...
Responsi kepada persoalan pantun tu..for sure la semua akhwat dah tentu2 nak berusaha jadi mutiara kan??...kalau aku..aku "terpakse" jadi yang ni(sila kelik di sini)...sebab..sebab yang ni la(sila kelik)..hehehehe ...haa...ni point yg sebenar(sambil minum secawan Radix)...agak poyo di situ ye...tata..
3 comments:
kamu memang mutiara yg berada di dasar lautan. doa aku iringi kamu slalu, agar sntiasa dilindungi dan di bwh rahmatNya.
susah nak dapat mutiara. kerna aib2 yg Dia tutup hambaNya ini. cuma ada sedikit motivasi atas kisah2 seblum ne. byk kisah tentang orang yg berubah kepada baik, dari ketua perompak jadi alim yg disegaani. dari seorang yg tidak menjaga matanya jadi seorang wali. walaupun tak sma mcm kisah di atas, tpi kita sentiasa diberi ruang olehNya untuk berubah, Maha Mengasihani. selalu dlm ingatan dan sematkan dalam hati InsyaAllah, kita tahu Allah tak pernah salah dalam menentukan untuk setiap hambaNya. (^ ^)
da search nama aku jgak tadi. aiseh.heh. jauh benor. xpe2 cuba lagi.he
mende yg jauh benor tu?? ha..search2 jgn tak search...search sekali semua nm interns EA sekali...cayok2!
Post a Comment