WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Menguap dan Syaitan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam..yuhuuu...Alhamdulillah kali ni agak bermakna jugak weekend weol...walaupon dalam keterpaksaan dan sedikit ke"rela"an (bak tajok lagu dari Tila) untuk menghadiri workshop SPSS,tapi ada bestnye...mana tak nye,kawan2 yang berpraktikel nunnnn jauh dari Key El,kembali berkampung kat U**M tu. Ada dari Klate & ada dari Pahang. Bukan tu je, bahkan ada dari Canada dan Syria tau(ni aku tipu je)...kira bergabung balik la...ala..macam lirik lagu adam& stacy..mcm ni "Adam..Stacy...bergabung..meletop..pom!"..hehehe..

Workshop ni dianjurkan oleh Faculty kami untuk student kesayangan mereka yang sedang berpraktikel.
Yela diorang nak ajo kami mcm mana nak buat Report dgn baguih dan gojez sekali..Paham2 la bila dah berjumpa...macam2 cerita kluo...masing2 sibuk nak crite pasal diri memasing...Alhamdulillah semua cerita2 gembira je yang diorang share kan...sampai lenguh segala urat muka+perot aku di buatnya sebab gelak tahap melampau...lagha2..aku tau tak baik gelak berlebihan..tapi harus di ingatkan aku manusia biasa(sambil tunduk),tak mampu aku nak tahan gelak kalau dah topic yang di bincangkan tu melawak tahap kenyal...Bertambah2 sakit kepala aku yang memang dah tersedia sakit akibat hentakan yang kuat...tp aku tetap cool je (haa ni sifat SBRB ni,jgn tiru).

Dan esok..semua kembali ke rutin hidup yang macam selalu..kene keje...aiseh..aku tau punya..esok konpem2 perasaan mengantuk tahap maksima akan menghantui hidup aku...ye,aku akui aku selalu diganggu dengan kemengantukan di waktu kerjaan...huh..bosan!...standard la..mengantuk ni memang dengki dengan kita..selalu mengganggu kerjaya kita,menci aih! Menguap lak merupakan hint-hint mengantuk nak datang. Untuk pengetahuan, sebenarnya menguap merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka!!(nada YB please) ni,aku nak kongsi siket tips dari Rasulullah untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya iaitu “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :


الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .


"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


PENERANGAN HADIS:


* Rasulullah S.A.W memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan, gangguan Syaitan.


*Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap berusahalah utk tahan, terutamanya di dalam solat...Berusaha dengan bersungguh2 ye...

Sabda Rasulullah:
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

* Dan hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Rasulullah tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:

Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

*Dan lagi...kalau nak menguap tu..agak2 la...jaga siket pencemaran bunyi. Sila elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

*Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda:

Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah,Wallahualam.

Rasulullah S. A. W.bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


1 comments:

nice topik neh..

da letak link Prof benjo kat pautan ilmu ^__^

 

Post a Comment