WritingWithoutPen

TAKBIR, TAHLIL, TAHMID, TASBIH...HIDUP UMPAMA PELAYARAN

Cerita 2- استجب دعائنا يا الله يا الله

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
******
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Amin ya rabbal alamin

Devotees-aku Merinduimu <--Click
Aeman-Anak Soleh <--Click
استجب دعائنا يا الله يا الله


Baitulmaqdis

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sesekali akan dapat melukakan mereka,mahupon oleh kesusahan yang menimpa mereka,sehinggga datang keputusan Allah. Dan mereka akan tetap sedemikian.
Maka para sahabat bertanya "Wahai Rasulullah,di manakah mereka ini?

Sabda baginda "Mereka berada di Baitulmaqdis..dan sekitar Baitulmaqdis"

Sabda Nabi lagi di hadis Abu Daud, bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran...hatta yuqhadilakhiruhum al masih ad dajjal...sehingga pejuang terakhir di antara mereka akan berjuang menentang al masih ad-dajjal!!!

Youtube:Mu'adz-Amrullah(Baitulmaqdis) <--(click)

Bunga Rampai, Bunga Manga

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam...setelah hampir seharian buat2 busy dgn persiapan kenduri cukur jambul untuk esok,ku pikirin dah bulih relax2 dan berlibur depan laptop...baru je on laptop...tup..tup..."Nurullll.....mai sini...."..."ayolah...ade kije lagi lah ni" terusan aku bermonolog...tutup balik la laptop ni ha...togasan terakhir untuk hari ni aku syak...ye...hiris bunga rampai....di mulai dgn lap2 daun pandan jauh ke tengah,gunung daik bercabang tiga...tetibe je...Mencari mangsa untuk tolong aku...awesome!!! pucuk di cita ulam mendatang...mangsa dah datang...lalu pulak si cousin aku..."ha...ape2 tgk2..meh tlg lap daun ni ha..ak hiris hang lap na"... Cousin ak ni bergenderkan lelaki ini(bak kata anuar jain)...huh! nampak sgt rajin kami..muka poyo masing2...ye la busy niiii....

*****
Cousin : Ala...slownye potong...asal tak guna pisau dapo je...
Aku: Ye r..kata n
ak halusss je(nada harith iskandar dalam iklan neskefe)...kang kot guna pisau dapo kasar la...
Cousin : ala..payah la mcm tu...

*****

Cousin:Nurul bak pisau tu.

Aku syak dia nak try la tu..memang betol pongggggg...huh sungguh tekun cousin aku hiris daun pandan tu...bagus..ha sp kata lelaki tak bulih buat kerja2 hirisan...tak sampit tiga minit(aku agak je)...aku mulai konpius..dia ni sedang menghiris ke atau sedang mencincang?? Lantas...

Aku: Oit...mende tu?
Cousin:Guna blender je tak bulih?

Ok!..lawak apakah ini??...owh mungkin lawak malam hari...guna blender??? ade ke sifir macam tu untuk bunga rampai??? Biasanyelah amatlah sinonim bunga rampai dengan adat merenjis dan cukur jambol baby kan..makanya otak aku dah imagine yang bukan2...Kalau lah bunga rampai guna blender...korang tau kan macam mana texturenye nanti??? Pastu bayangkan pulak pegantin direnjis dgn bunga rampai tu? ish..tak mampu aku teruskan imaginasi itu...dah, continue hiris daun pandan...seraya berkata..

Aku: Hey...ni nak buat bunga rampai ler..bukan cili boh...tau kan bunga rampai tu apakah?
Cousin: Tau la..yang selalu kat kenduri kawin yang cucuk2 kat betik tu kan..lepas tu letak kt lua pintu...


Suasana senyap jap...saling berpandangan n masing2 muka mcm berfikir sesuatu yang sirius...
MasyaAllah...itu bunga manga la cousin ku oii(aku bermonolog lagi ni)...aku berpositip, demi menjaga emosi aku yang sedang tenang...Ni sengaja buat lawak la ni...positip..positip...malas aku layan dah ,lantas meneruskan togasan yang di berikan tanpa menghiraukan suasana sekeliling...aim aku..nak cepat habis..nak tgk tibi pulak!
*****
Sampai sekarang aku dok memikior..apa akan jadi kalau bunga rampai di blend dan bunga rampai digunakan sebagai bunga manga...mau pengsan o nak hiris banyak2...lawak gak la cousin aku sorang ni ha...Aku rasa lepas ni nak anta usul ke Kementerian Pendidikan Malaysia,agar subjek bunga rampai dan bunga manga di jadikan subjek wajib lulus dalam SPM..Sekian...

- - -{@

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."--(Al Hujurat:11)--

Menguap dan Syaitan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam..yuhuuu...Alhamdulillah kali ni agak bermakna jugak weekend weol...walaupon dalam keterpaksaan dan sedikit ke"rela"an (bak tajok lagu dari Tila) untuk menghadiri workshop SPSS,tapi ada bestnye...mana tak nye,kawan2 yang berpraktikel nunnnn jauh dari Key El,kembali berkampung kat U**M tu. Ada dari Klate & ada dari Pahang. Bukan tu je, bahkan ada dari Canada dan Syria tau(ni aku tipu je)...kira bergabung balik la...ala..macam lirik lagu adam& stacy..mcm ni "Adam..Stacy...bergabung..meletop..pom!"..hehehe..

Workshop ni dianjurkan oleh Faculty kami untuk student kesayangan mereka yang sedang berpraktikel.
Yela diorang nak ajo kami mcm mana nak buat Report dgn baguih dan gojez sekali..Paham2 la bila dah berjumpa...macam2 cerita kluo...masing2 sibuk nak crite pasal diri memasing...Alhamdulillah semua cerita2 gembira je yang diorang share kan...sampai lenguh segala urat muka+perot aku di buatnya sebab gelak tahap melampau...lagha2..aku tau tak baik gelak berlebihan..tapi harus di ingatkan aku manusia biasa(sambil tunduk),tak mampu aku nak tahan gelak kalau dah topic yang di bincangkan tu melawak tahap kenyal...Bertambah2 sakit kepala aku yang memang dah tersedia sakit akibat hentakan yang kuat...tp aku tetap cool je (haa ni sifat SBRB ni,jgn tiru).

Dan esok..semua kembali ke rutin hidup yang macam selalu..kene keje...aiseh..aku tau punya..esok konpem2 perasaan mengantuk tahap maksima akan menghantui hidup aku...ye,aku akui aku selalu diganggu dengan kemengantukan di waktu kerjaan...huh..bosan!...standard la..mengantuk ni memang dengki dengan kita..selalu mengganggu kerjaya kita,menci aih! Menguap lak merupakan hint-hint mengantuk nak datang. Untuk pengetahuan, sebenarnya menguap merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka!!(nada YB please) ni,aku nak kongsi siket tips dari Rasulullah untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya iaitu “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :


الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .


"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


PENERANGAN HADIS:


* Rasulullah S.A.W memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan, gangguan Syaitan.


*Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap berusahalah utk tahan, terutamanya di dalam solat...Berusaha dengan bersungguh2 ye...

Sabda Rasulullah:
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

* Dan hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Rasulullah tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

*Dan lagi...kalau nak menguap tu..agak2 la...jaga siket pencemaran bunyi. Sila elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

*Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda:

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah,Wallahualam.

Rasulullah S. A. W.bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Coconut or Pearl?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hawa,
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
maka ingatlah...kamu ada dua pilihan yang terbentang..
Pertama...
Kamu jadi seperti kelapa,
mudah di peroleh,di parut, di perah
dan diambil santannya...
selepas itu hampasnya di buang...

Yang kedua...
Kamu menjadi sebutir mutiara...
Berada di dasar laut,tersimpan rapi,
dilindungi kulit,
bukan senang nak melihat...
apatah lagi mendapatkannya...
hanya orang yang bertuah, yang berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehinya,
harganya mahal sekali...
dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi...
Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa atau mutiara?
Di sebalik santan...
menjadi penyedap makanan,
di perah segala kenikmatan dengan mudah jatuh menjadi titisan,
akhirnya habis kari dimakan,
pulut panggang sisa habis di telan,
dan santan hilang tak jadi ingatan.
Ynag terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan.

Mutiara,
Terbenam di dasar yang paling dalam,
sukar andai mengharap jadi perhatian..kerana...
ia dilapisi kulit yang keras menghadang,
namun kiranya di temui insan...
akan menjadi permata hiasan...
Terletak tinggi di cincin idaman...atau...
di leher atau di lengan menawan,
makin lama mutiara terbenam,makin tinggi nilainya.

Oleh itu...
Tentukan yang mana satu menjadi pilihan,
SANTAN atau MUTIARA... (^_^)v

Post kat atas ni bukan lah 100% idea dari aku...aku just menjalankan aktiviti plagiat je ni ha...Alaa...Just copy paste email yang difowardkan kepada aku dari seorang kenalan, tanpa ketahui pemilik asal artikel ni....aku tak la secreative ni nak buat pantun ke puisi ke dan kekekeke...

Responsi kepada persoalan pantun tu..for sure la semua akhwat dah tentu2 nak berusaha jadi mutiara kan??...kalau aku..aku "terpakse" jadi yang ni(sila kelik di sini)...sebab..sebab yang ni la(sila kelik)..hehehehe ...haa...ni point yg sebenar(sambil minum secawan Radix)...agak poyo di situ ye...tata..




1111

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam tahun baru 2011...Salam satu Malaysia...Salam ukhwah...pejam celik pejam celik..hah dah 2011 ye...amacam azam kalian yg untuk 2010???ada realisasi kah??hehe...kalau ter'realisasi...blh lah pasang azam baru..yang belum lagi tu...alahhh..takpe pasang jugak yang baru...hopefully 2011 ni lebih baik dari 2010 la gamaknye ye..Harap2 kat front page paper 2011 nanti berkuranglah pasal berita2 budak kene culik lah..kene bunuh la,gunung berapi meletop la,gempa la,eksiden la dan lalala...

2011--> Ayuh hiasi 2011 dengan doa-doa keselamatan dan kemakmuran...bukan lagi dengan sorak- sorai alpa. Setandingkan usia kita yang makin meningkat dengan amalan yang meningkat juga...InsyaAllah.

Tahun baru kami di mulakan dgn majlis pertunangan sahabat kami yg vouge ge de vas,Dayah...very suweeeettt...kami doakan moga2 sampailah ke jinjang pelamin ye Dayah...dah...

Nur Hidayah

Deligasi yang hadir memeriahkan suasana & angkat dulang hantaran ok...
lps ni turn sapa ye??...adakah yang sebelah dayah tu?hehe